Makeover Dapur Rumah Sewa Bajet Nampak Mewah

Ditulis oleh
0

Makeover dapur rumah sewa bukanlah sesuatu yang ramai lakukannya. Yerla, selalunya rumah sewa ini hanyalah rumah kita sewa jadi buat apa kita nak lakukan makeover kepada rumah yang bukanlah milik kita. Sebenarnya, rumah sewa juga merupakan rumah untuk kita berteduh.

Wanita yang bernama Nur Hazwani ini tidak kisah dengan makeover tersebut kerana dapur merupakan tempat untuk memasak dan makan bersama keluarga. Beliau telah berkongsikan beberapa gambar makeover dapur rumah sewa tersebut didalam laman facebook beliau.

Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua gambar sebelum dan selepas makeover dapur rumah sewa milik Raja Nurhazwani ini. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Wanita Makeover Dapur Rumah Sewa Lama Yang Cantik & Menarik

Assalamualaikum. Setelah sekian lama akhirnya siap juga makeover dapur rumah Sewa ni. Bukan niat nak menunjuk atau riak jauh sekali bangga diri. Cuma sekadar perkongsian untuk dijadikan rujukan kepada peminat2 deco.

Perkongsian kali ni banyak mengetengahkan tentang deco cara jimat disamping dapat menghasilkan sesuatu yang nampak mewah.
Untuk setiap gambar yang saya post saya sertakan dengan penerangan ringkas..
Diharap kawan2 semua rajin2 kan lah membaca ye.

Sebelum & Selepas Makover Dapur Dilakukan

Ruangan dapur secara keseluruhan yang agak luas untuk rumah sewa ni. Tetapi keadaan yang bersepah menyebabkan ruangan ni nampak tidak kemas & tidak tersusun.

Untuk deco kalini, beliau hanya menggunakan wallpaper untuk mendapatkan hasil seperti diatas & aksesori Tambahan seperti storage, blind & rak hanya mengikut kepada masalah yang dihadapi.

Makeover Dapur Rumah Sewa

Masalah utama disini adalah susunan barang yang tidak teratur dimana terdapat pelbagai barangan yang diletakkan di atas “counter top“ ni.

Rak pinggan, besen serta cawan digantung pada grill tingkap akan membuatkan keadaan lagi bersepah.

Untuk mengatasi masalah ini beliau hanya meletakkan barang untuk kegunaan harian sahaja. Blind juga di pasang untuk memudahkan tingkap dibuka & udara luar dapat masuk ke dapur.

Makeover Dapur Rumah Sewa

Dibahagian counter top ni terdapat 1 shelf yang digunakan hanya untuk meletakkan barangan hiasan & stok habuk.

Sekarang, shelf ni berfungsi sebagai tempat untuk meletakkan storage seperti milo, nescafe, tea & sebagainya.

Makeover Dapur Rumah Sewa

Kawasan ni adalah keperluan masakan yang sering digunakan.

Makeover Dapur Rumah Sewa

Rak ini terlalu mengambil space yang sangat banyak. Jadi, sebab itu ia nampak bersepah.

Rak putih tada beliau gantikan dengan rak yang lebih slim serta lebih banyak ruang yang boleh digunakan. Bahagian ni beliau meletakkan rempah, bawang serta stock yang belum digunakan lagi.

Makeover Dapur Rumah Sewa

Meja ikea yang digunakan sebagai meja makan masih dalam keadaan baik cuma terdapat beberapa gelembung pada permukaan meja

Hasil makeover meja ikea. Tujuan utama pasang kan wallpaper adalah untuk menutup cela2 yang terdapat pada permukaan meja disamping memberikan keseragaman pada semua bahagian dapur.

Makeover Dapur Rumah Sewa

Sumber : Raja Nurhazwani

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
0
Diterbitkan pada
Julai 4, 2021
Dikemaskini pada
Julai 4, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram