Memiliki ruang dapur rumah yang mempunyai ruang yang agak terhad bukanlah menjadi salah satu isu dan penghalang untuk anda tidak deco ruang dapur anda supaya cantik dan kelihatan kemas. Ruang dapur luas atau sempit semuanya layak untuk diberikan nafas baru. Dengan itu, anda akan dapat memasak dalam keadaan selesa dan ceria. Perkongsian pada kali ini adalah dari Shamsina Ismail. Perkongsiannya adalah mengenai makeover dapur rumah sempit berkonsepkan "L Shape".
Jom ikuti perkongsian deco dapur yang sangat cantik dan menarik ini.
Akhirnya!
Siap sudah ubahsuai ruang dapur sempit saya.
Alhamdulillah.
Ini adalah keadaan ruang dapur sebelum proses ubahsuai dilakukan. Dapur sebelum diubahsuai dilihat lebih kepada gaya lama.
Susunan barang untuk dapur sebelum diubahsuai ini agak tidak kemas dan terlalu padat. Jom kita lihat keadaan dapur setelah ubahsuai selesai dilakukan dengan gaya baru.
Bahagian dapur tadi dialihkam semuanya sekali dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diubahsuai dengan konsep dapur baru.
Ini adalah keadaan ruang dapur setelah proses ubahsuai selesai dilakukan dengan konsep baru iaitu konsep "L Shape Kitchen".
Ini pula adalah keadaan dapur dari sudut pandangan berbeza. Iaitu sudut dan ruang memasak.
Dapur sempit pun kalau pandai deco memang cantik dan menarik bukan? Lihatlah bukti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini. Sangat menarik konsep yang diterapkan.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk mencari sumber idea dan inspirasi bagi ubahsuai rumah masing-masing. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat mendeco dapur rumah masing-masing.