Anda bosan tengok beberapa perabot lama sudah tak berseri lagi? Mungkin anda terdetik nak membuang kabinet tersebut kerana sudah tidak berguna untuk disimpan malah rupanya hancur juga merupakan faktor yang penting untuk membuang kabinet tersebut.
Sebenarnya, agak membazir jika anda ingin membuangnya. Selepas itu beli kabinet yang baru. Bukankah ianya membazir? Jadi, Giler Deco hari ini ingin kongsikan cara untuk makeover cantikkan perabot lama agar nampak cantik semula macam baru lepas beli.
Makeover ini telah dikongsikan oleh Puan Ella Zahari didalam facebook beliau. Perkongsian ini adalah mengenai bagaimana cara-cara untuk makeover cantikkan perabot lama kembali menjadi kemas dan cantik dengan hanya menggunakan wallpaper sahaja.
Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
Assalamualaikum n selamat hujung minggu. Diy kabinet lama. Sayang dari nak buang. Dah nampak kemas sikit. Wallpaper saya beli di Shopee.
Ini adalah rupa perabot yang lama sebelum di makeover kan. Kelihatan buruk dan tidak cantik.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Sekiranya anda tertanya-tanya di mana nak membeli sticker Wallpaper tersebut. Anda boleh membelinya di platform Shopee.
Gambar rujukan juga turut saya disediakan untuk anda. Nak ukur dan gunting pun senang sebabnya sudah ditunjukkan petak-petak khas untuk menggunting.
Cara-Cara Untuk Menampalkan Wallpaper
1. Sebelum menampalkan wallpaper, pastikan anda terlebih dahulu ukurkan panjang dan lebar perabot tersebut sebelum mengguntingkan wallpaper ini.
2. Lepas sahaja selesai gunting, tampalkan wallpaper tersebut berhati-hati pada tempat yang ingin ditampal. Tampalkan dengan berhati-hati agar tiada gelembung udara ( Air Bubble ) yang ada pada pelekat tersebut.
Hasil Akhir!!
Dah siap!! Selepas selesai sahaja menampalkan kesemua wallpaper tersebut. Anda boleh lihat bahawa ianya nampak seperti baru dibeli di kedai perabot.
Haaaaa....Lepas ni, sesiapa yang ada perabot lama jangan buang. Anda boleh memperbaharui balik dengan menampalkan wallpaper sahaja. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua yang ingin
Kredit : Ella Zahari