Living area atau guest room merupakan antara tempat dan ruang yang sangat penting jika ada tetamu yang berkunjung kerumah kita lebih-lebih kalau ibu dan ayah mertua datang. Kalau 2 tempat tersebut tidak di makeover dengan rapi, maka mesti nanti orang cakap apa-apa kan?
Sebab itu pentingnya untuk hias cantik-cantik living area & guest room tersebut. Macam Ibah Abdullah ini yang telah membuat makeover 2 tempat tersebut dirumah beliau. Beliau membuat keputusan untuk membuat makover bertemakan "Scandinavian Design".
Penggunaan tema "scandinavian design" ini merupakan tema yang sangat sesuai untuk makeover ruang living area dan guest room. Ingin tahu bagaimana hasil makeover yang Ibah Abdullah ini lakukan? Jom kita tengok perkongsian beliau dibawah ini.
Makeover living area & guest room. Sofa kekalkan yang sedia ada. Rumah persinggahan family.
BAHAGIAN LIVING AREA
Untuk bahagian living area ini, saya tukar kan warna asalnya iaitu berwarna hijau kepada warna kelabu disertakan sedikit warna putih. Saya cat menggunakan cat jotun. Kod cat adalah Jotun Soft Teal 6350. Sofa tersebut saya kekalkan yang sedia ada kerana masih elok lagi.
BAHAGIAN GUEST ROOM
Untuk bahagian guest room pula, saya menambahkan sedikit beberapa yang saya beli. Antara yang saya tambah ialah Ikea Boaxel, Ermes Chair dan juga rak 3 tingkat. Langsir juga saya ambil langsir yang berlainan dengan berwarna pink.
Macam mana dengan makover yang dilakukan oleh beliau ini? Cantik dan menarikkan? Min pun rasa nak jer buat makover living area & guest room ini dirumah. Semoga artikel ini dapat memberikan anda inspirasi dan juga idea untuk makover rumah anda.
Sumber : Ibah Abdullah