Sekarang musim pkp sudah pun kembali di kawasan Selangor, KL, Johor dan beberapa negeri yang lain. Mesti ramai antara anda semua bosan duduk dirumah kan. Nak membuat makeover sesuatu dirumah tapi tidak tahu apa yang hendak di makeover. Apa kata makeover bilik air?
Bagi perkongsian kali ini, Giler Deco ingin berkongsikan hasil makeover bilik air daripada Puan Anis Zaid ini. Apa yang menjadi perhatian di sini adalah kos yang digunakan untuk keseluruhan makeover bilik air ini hanyalah sekitar RM400 sahaja.
Jom kita sama-sama ikut perkongsian darinya.
Musim PKP kitorang ade projek. Mencantikkan rumah dengan bajet yang berpatutan. So 1st projek ktorg ialah makeover washroom. Ktorg buat based on recommend org Nippon tau and based on orang2 yang pernah buat jugak.So mmg boleh buat la kiranya. Bukan buat ikut suka je. Haha. Projek dia ambil masa berhari-hari jugak sebab nak tunggu kering cat. Barang-barang boleh cari dekat kedai jual cat.
Barang-Barang Yang Diperlukan :
Hari 1
Sapu habuk or debu sebelum cat. Cat Tile Primer utk lapisan pertama. 3L tu actually boleh guna untuk 2 tandas sebab yang ni buat selapis je. Memandangkan ktorg mmg nk cat dua2 tandas, so ngam-ngam la ni. Biarkan cat kering sehari.
Hari 3
Cat EA4 White 1st layer. Cat ni kena buat 2 lapis. So kalau nk buat putih, buat 2 lapis putih. Kalau macam kitorg, dinding putih, lantai kelabu. So dinding ktorg cat 2 lapis putih. Lantai selapis putih. Nak buat corak-corak pun boleh. Anda boleh mencari idea dekat pinterest. Biar cat kering.
Hari 5
Hari 8
SIAP juga akhirnya hasil makover ini.
Cuba anda perhatikan gambar sebelum dan selepas makeover dilakukan. Ternyata banyak perubahan yang dilakukan oleh Puan Anis ini. Paling penting bilik air kembali lebih ceria.
Info Tambahan : tile primer dan EA4 white ni boleh guna untuk 2 toilet. satu toilet ni kami guna separuh je.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Kredit : Anis Zaid