Ruang tamu ini merupakan bahagian ruang yang penting untuk dilakukan sesebuah makeover agar ia kelihatan sentiasa menarik dan kekal cantik. Ruang tamu yang teruk pula akan dipandang rendah oleh tetamu yang bertandang kerumah kita.
Jika ingin melakukan makeover ruang tamu namun tiada inspirasi untuk dilihat, boleh tengok perkongsian daripada Mizzs Isma Azlyn ini. Beliau ada kongsikan gambar sebelum dan selepas makeover ruang tamu rumah beliau.
Min yakin selepas anda melihat perkongsian ini anda akan mendapat sedikit inspirasi untuk melakukan makeover ruang tamu dirumah. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Hasil sebelum dan selepas deco bajet rumah bahagian ruang tamu bermodalkan kos yang rendah.Deco part yang kecil-kecil dulu. Ruang tamu dah lakukan makeover cuma siling dengan pintu belum ada rezeki nak renovate. Insya'allah akan datang kita tukar yang baru
Bahagian Ruang Tamu Yang Asal & Proses Makeover Dilakukan
Inilah dia rupa asal ruang tamu kami sebelum makeover dilakukan. Kalau yang dahulu lantai hanya guna tile sahaja. Namun, untuk makeover kali ini kami ingin tukarkan kepada lantai spc.
Proses makeover ruang tamu ini sedang dilakukan dengan proses membuang wallpaper yang lama dan mengecat pada ruang ini.
Untuk memasang lantai spc ini pula, kami alihkan semua perabot terdahulu.
Sebelum pasang spc lapik foam dulu supaya kita jalan tak berbunyi dan lembut apabila dipijak.
Proses pemasangan lantai spc.
Hasil Makeover Bahagian Ruang Tamu Yang Dilakukan
Sekarang sudah selesai makeover, kini tiba masanya untuk menunjukkan hasil yang dilakukan. Inilah dia hasil makeover ruang tamu kami yang kecil-kecilan ini.
Ramai yang cakap walaupun makeover kos rendah namun kelihatan seperti ruang tamu yang mewah. Barangan juga saya beli yang murah sahaja. Ada juga boleh dapatkan di Shopee.
Sumber : Mizzs Isma Azlyn