Memiliki bilik air yang kelihatan cantik mampu memberi keselesaan kepada anda sekeluarga. Begitu juga untuk tetamu yang datang bertandang ke rumah anda. Jika rumah memiliki tandas yang selesa anda pun tidak segan untuk membenarkan tetamu menggunakanya. Perkongsian kita pada kali ini adalah dari Neena Zaidi. Perkongsiannya pula adalah mengenai makeover bajet attached bathroom dan guest bathroom cara diy.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Hai semua. Kali ini saya nak kongsi transformasi mampu milik bilik air yang saya buat baru-baru ini. No major renovation, mostly diy job (kecuali lantai).Attached bathroom - white + blackGuest bathroom - white + black + gold
Ini adalah guest bathroom sebelum diubahsuai.
Ini pula adalah attached bathroom dalam master bedroom sebelum diubahsuai.
Nampak tak putih-putih atas lantai itu? Ingatkan kesan sabun rupanya waterproofing dah haus. Mula-mula fikir nak cat lantai je tapi takut tak tahan. Jadi upah orang buat marble effect epoxy terus sebab lapisannya lebih tebal.
Lantai selepas diubahsuai guna epoxy.
Disebabkan malas nak cabut shower holder tu jadi kita spray terus kat situ.
Cover plastic yang digunakan adalah painting plastic cover. Boleh dapatkannya di Shopee.
Link Shopee cover plastik painting : https://shp.ee/gsbhgw2
Shower holder selepas dispray dengan menggunakan warna kelabu. Spray yang digunakan adalah Spray Man.
Link Shopee Spray Man : https://shp.ee/7m6icu2
Bathroom accessories macam towel rail, shower head holder dan corner shelves di spray paint warna matte black.
Step untuk spray paint :
Link Lazada Spray Paint Matte Black : https://invol.co/cl4yl0y
Shower head attached bathroom spray paint warna hitam.
Dinding ni cat guna set primer dan cat Nippon EA4 Finish. Selalunya 2 coat sahaja sudah okey tetapi disebabkan undercoat yang diberi dalam set ini agak gelap, bagi saya 3 coat akan jadi lagi cantik. Jangan lupa pakai ventilation mask masa mengecat sebab bau cat ini berbahaya kalau dihidu. Semua ini saya buat sendiri, husband hanya tolong part drill sahaja.
Link Shopee Set Primer Cat Putih : https://shp.ee/x2h62b2
Link Shopee Cat Nippon EA4 Finish : https://shp.ee/x4u8cii
Link Shopee Ventilation Mask : https://shp.ee/2er4gsa
Ini adalah selepas undercoat.
Guest bathroom lepas siap. Lampu ini sekadar hiasan, tak buat wiring pun sebab husband tak bagi hack dinding dah. Dia kata lampu itu tak penting pun untuk wujud kat situ. Bilik air tak payah cantik-cantik, tempat jin bertendang katanya. Tak apalah proses memujuk akan diteruskan.
Link Shopee Cermin Tandas Hitam : https://shp.ee/x3nuyis
Basin Tandas Hitam : https://shp.ee/54y9kua
Pokok Palsu : https://shp.ee/ssrn5ks
Bidet : https://shp.ee/8yfks3s
Towel Holder : https://shp.ee/nrxxrhi
Toilet Basket : https://shp.ee/5jffwhi
Pasu ini asalnya dari dalam master bedroom. Saya alihkan ke sini. Kakinya memang sudah warna gold, pasunya saya tukar jadi warna hitam. Biasanya kalau tetamu nak tumpang bilik air, mereka akan guna for ‘light use’ sahaja. Kalau ada tetamu bermalam dan nak guna untuk mandi dan buang air besar, pandai-pandailah sy simpan apa yang patut.
Link Shopee Pokok Eucalyptus : https://shp.ee/vhwa4ii
Link Shopee Pasu Bunga Tinggi : https://shp.ee/952xvdd
Kalau nak mandi kena tutup shower curtain supaya tak basah barang-barang atas decorative shelves tu.
Ini pintu guest bathroom. Toilet sign itu daripada kayu. Pintu lama warna coklat saya hanya cat putih sahaja. Attached bathroom punya pintu belum siap cat lagi.
Shelf brackets spray paint warna gold.
Ini adalah attached bathroom selepas siap di deco.
Attached bathroom punya design saya buat simple sikit sebab hari-hari guna. Jadi lebih senang nak maintain.
Licin ke marble effect epoxy ni? Bagi saya sama sahaja kelicinan dia macam tiles toilet yang biasa tu. Kami pakai selipar dalam tandas jadi tak ada masalah. Epoxy ni ada waranti 3 tahun dengan jaminan ketahanan selama 6-7 tahun kalau pandai jaga.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.