Almari kabinet suatu benda yang wajib ada pada setiap rumah. Mana tidaknya, almari kabinet sangat diperlukan bagi setiap rumah untuk memastikan barangan dan peralatan rumah dapat disusun dengan rapi. Perkongsian kita pada kali ini adalah dari Diera Abdullah. Perkongsiannya adalah mengenai makeover almari kabinet lama dengan bajet serendah RM38.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh wanita ini.
Sebabkan rumah tak ada cabinet lagi. Memang nak belilah almari baru macam ini.
Kedai perabot pun dah buka. Senang la nak pergi tengok-tengok dahulu.
Tengah Scroll fb terjumpa pula page Perabot Terpakai Senawang jual lemari ni.
Ya ampun harga pun murah, kalu beli baru ada dalam 2 3 kali ganda jugalah harganya. Kita bukan kedekut tapi minat dengan nilai hasil kerja kita sendiri.
Kalau beli baru sudah terang lagi berusuluh memang suami tak bagi cat-cat macam ini. Mesti sayang nak bagi buat macam tu.
Masa ditunggu sudah tiba. Suami pula tak ada 2-3 hari ini. Apa lagi terus on. Jom kita tengok perkongsian dan langkah-langah pada gambar.
Ini la rupa awal-awal almari kabinet.
Sebelum suami balik kerja kena cepat bersihkan supaya dia tak banyak complain. Mula-mula sampai kat rumah lap bersih-bersih habuk dengan wipe tissue. Lap kering. Lap dengan minyak masak nipis-nipis. Kemudian lap semula dengan tuala kering. Ini petua orang tua-tua dulu. Masa kecik-kecik tiap tahun nak raya kena bersihkan perabot dengan minyak. Buat masa sekarang almari ni dalam Condition 8/10. Kayu pun kualiti baik. Alhamdullilah rezeki.
Nak pilih warna bukan senang. 2 hari juga fikir. Ini adalah warna yang digunakan.
Nippon gloss paint. Link Shopee : https://invol.co/cl4kftt
Frost blue. Link Shopee : https://invol.co/cl4kfw1
Ini adalah cat yang digunakan.
Nippon gloss paint. Link Shopee : https://invol.co/cl4kftt
Cat pun bermula. Jangan lupa lekatkan dengan plastik sampah/surat khabar mana-mana bahagian macam tile, cermin.
Untuk cat pada pembuka almari tu guna yang ini.
Akhirnya selepas 3 jam makeover. Dan hasilnya seperti dibawah ini.
Semoga dapat memberi inspirasi kepada anda dalam cuba untuk makeover perabot lama.