Pernah terfikir tak diluar rumah nampak macam rumah kayu tapi didalam hiasan macam kondominium? Bunyi macam mustahilkan tapi sebenarnya memang ada rumah macam ini.
Seorang wanita bernama Emma Syahira Abd Halim telah pun membuat dekorasi sebegini. Beliau menyatakan bahawa suka melihat keadaan rumah yang cantik namun pada masa yang sama ingin merasakan suasana kondominium. Maka tercetusnya idea sebegitu.
Hari ini Giler Deko ingi berkongsikan dengan anda cara-cara untuk membuat dekorasi hiasan kondominium pada rumah kayu hasil daripada Emma Syahira. Jom kita tengok.
Menurut daripada Emma Syahira Abd Halim, kesemua dekorasi yang dihasilkan oleh beliau adalah 100% DIY. Beliau menyatakan bahawa dia berkongsi dengan kita semua hasil dekoarsi beliau semua.
Saya suka tengok ramai yang share deko rumah masing-masing lagi-lagi deko rumah papan/rumah kayu/rumah kampung. So izinkan saya sahabat semua nak share idea dekorasi rumah papan yang sama saya masih lagi diami sampai sekarang.
Konsep macam biasa saya tetap berpegang dengan “LUAR SETINGGAN DALAM CONDO”. Hope dapat jadi inspirasi untuk anda semua. Macam biasa apa yang kit boleh DIY, kita DIY. Yang penting deko kit tetap. Apa-apapun inilah rumahku syurgaku.
Wow!! Sangat cantik dekorasi daripada beliau ini. Siapa sangka idea beliau sangat bernas dan menarik. Rumah kayu diluar tapi kondominium didalam.
Sumber : Emma Syahi Abd Halim