Adakah anda terasa bosan kalau asyik lepak di area ruang tamu dan juga didalam bilik je. Apa kata kita manfaatkan satu ruang beberapa kaki di atas kepala anda iaitu ruangan loteng.
Anda boleh jadikan ruangan loteng ini menjadi satu port untuk rehat dan 'refresh' kan diri setelah seharian penat bekerja atau penat bersekolah. Jadi berapa kos dan masa yang diperlukan dalam membuat loteng ini?
Sebelum tu,saya nak kongsi beberapa contoh loteng rumah yang sumpah sangat-sangat "limited edition", tapi tak bermakna korang tak boleh buat tau.
Walaupun pemilihan pembinaan loteng sebagai ruang kegunaan jarang dibuat di Malaysia kerana cuaca yang agak panas, ini tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan.
Mengikut perkongsian daripada Battle Born Ben di grup "Kelab Deko Sebelum & Selepas" ini, beliau telah berkongsi transformasi yang menarik sebelum dan selepas ruangan siling sebuah rumah dijadikan sebagai ruangan loteng.
Kongsinya kepada kami, ruangan loteng perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 9 kaki untuk membolehkan ia diubah suai untuk kegunaan pemilik.
Selain itu, anda juga tidak perlu berpindah untuk pembinaan loteng kerana ia tidak mengganggu ruangan dibawah melainkan pemasangan tangga yang unik dan pelik.
“Untuk pembinaan loteng bumbung ni mengambil masa hampir satu bulan. Dan pemilik tidak perlu pun berpindah sebab kita tidak mengubah apa-apa yang ada di ruang bawah kecuali pemasangan tangga sahaja."
“Ramai juga yang bertanya tak panas ke kalau dalam bumbung? Ya memang panas kalau tak ada pendingin hawa. Wajib ada pendingin hawa atau kipas. Ini yang seeloknya.”
Tambahnya, kos untuk membina loteng berkeluasan 20 x 26 kaki ini menelan sebanyak RM36,000 dan memakan masa sebulan.
Apa yang menariknya tentang loteng ini daripada bilik-bilik biasa dan ruang tamu yang lain? Loteng sebaiknya perlu mempunyai ruang pengudaraan yang tersendiri dan mempunyai atap yang lutsinar sebagai sumber cahaya dan sekaligus membolehkan pemilik melihat keindahan bintang-bintang di langit.
Kredit : Kelab Deco Sebelum & Selepas