Asyik-asyik topik pasal rumah kediaman je, apa kata kalini kita ubah sedikit daripada kediaman rumah ke pacuan empat roda anda iaitu kereta. Pernah tak anda mendengar kancil menjadi campercar? Sebelum itu, jom kita semak dulu apa itu campercar.
Campercar adalah kenderaan yang bergerak sendiri yang menjadikan tempat penginapan dan pengangkutan di dalam kenderaan mereka. Jadi, anda semua tidak payah susah sewa hotel nak tidur malam, duit tu boleh anda guna untuk membuat benda lain lagi.
Seorang lelaki ini yang bernama "Aceyie Channel" ini hanya menggunakan kancil untuk dijadikan campercar. Kancil jarang dipilih sebagai campercar kerana saiznya yang agak kecil berbanding saiz-saiz yang lain. Tetapi ia tidak menjadi halangan buat lelaki yang bernama Asri Nawawi ini.
Lamanya tak bercamper, malam ni kita camper cara PKPB. Kalau ada permintaan bangkenteng belanje la bunyi kalimba tu. Bukan pegang saje. Hehe
"Campervan" vs "Campercar"
Sesetengah daripada kita memang sukakan akan percutian bukan, ada yang pergi merantau sana sini dengan kereta, bas dan kapal terbang. Biasanya, ramai orang menggunakan van sebagai kenderaan untuk diubahsuai sebagai "campervan".
Namun, perlu diingatkan campervan ini tidak semua mampu membelinya dan harga juga mahal. Kos untuk bergerak pun sudah mahal apatah lagi minyak yang perlu diisi.
Jadi, campercar merupakan alternatif yang terbaik kepada para peminat travel macam Asri Nawawi ini. Jadi, Jom kita lihat gambar gambar dibawah bagaimana rupa campercar beliau.
Gambar "Campercar" Yang Cantik Dan Menarik
Disini saya juga sertakan link untuk lihat sendiri bagaimana beliau ubah kancil kepada campercar.
https://www.facebook.com/watch/?v=260542271605309&t=0
Kredit : Aceyie Channel