Kuali merupakan peralatan yang paling penting untuk membuat masakan atau memasak sesuatu makanan. Setiap-tiap hari mak kita atau wanita yang suka memasak akan menggunakan kuali untuk memasak makanan yang sedap.
Namun, apabila kuali tersebut banyak kali digunakan anda akan perasan dibawah kuali tersebut akan berubah menjadi hitam dan penuh dengan kerak hitam. Kerak ini susah untuk ditanggalkan apabila ia menjadi terlalu keras.
Usah risau kerana perkongsian daripada Puan Amy Rosina ini dapat membantu anda membuang kerak kuali tersebut secara diri sendiri sahaja. Komfem akan berkilat balik. Jadi, anda tidak perlu beli kuali baru. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.
Alhamdulilahhh..ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia pekahwinan.
Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari.
Tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang.Saya share untuk suri semua sama-sama kita bahagia
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Langkah-Langkah Membuang Kerak
1. Itu dia!! Dah beberapa kali sental tapi putus asa.
2. Sapukan punggung kuali dengan kapur. Ratakan dibahagian kerak hitam tu.
3.Letakkan kuali kecil didalam kuali besar.
4. Didihkan sekejap je. Baru naik buih-buih ja saya tutup api kalau lagi lama lagi bagus.
5. Nampak ada lekang-lekang dah didalam kuali tersebut.
6. Itu merupakan kepingan hitam yang tanggal.
7. Kikiskan kerak tebal masa kuali masih panas dengan pisau. Lembut je kerak tu.
8. Kerak nipis tersebut cuba gosok pakai berus dawai.
Hasil Akhir
Tadaaa!!! Itu dia berkilat sangat-sangat. Macam baru beli dikedai jer tapi buat sendiri jer. Tidak perlu buang dan jimat tak beli yang baru.
Itu sahaja antara perkongsian daripada Giler Deco ini. Harap perkongsian dan artikel ini dapat membantu anda dalam menghilangkan kerak kuali anda yang kotor dan hitam itu. Semoga berjaya semua.
Sumber : Amy Rosina