Kelebihan Dan Kekurangan Penggunaan Rumput Tiruan Pada Kawasan Halaman Rumah

Ditulis oleh

Penggunaan rumput tiruan pada masa kini sudah tidak asing lagi. Ramai pemilik rumah memilih untuk menggunakan rumput tiruan ini bagi mencantikkan lagi halaman rumah mereka. Walau bagaimanapun, penggunaan rumput tiruan ini juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

Jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian ini.

Saya nak kongsi pasal artificial grass iaitu rumput buatan tiruan atau rumput palsu. Untuk sesiapa yang tiada masa nak menguruskan rumput di halaman tetapi suka akan rumput yang menghijau dan jika anda ada niat untuk pasang rumput palsu, yakinlah bahawa ianya bukan satu keputusan yang salah.

Kami pasang sejak 2017 sehingga sekarang 2021 masih menghijau.

 

Kelebihan Dan Kekurangan Penggunaan Rumput Tiruan :

 

Kelebihan : 

  1. Anak-anak yang lasak bebas berlari keluar masuk dalam dan luar rumah tanpa berselipar, walaupun waktu hujan.
  2. Ianya sangat bagus untuk masalah sensori tapak kaki anak yang sangat sensitif. (Kami ada anak autism)
  3. Rumput palsu kekal penampilannya yang hijau dan sihat dalam apa sahaja keadaan cuaca.
    Panas terik matahari tidak akan memudarkan atau mengeringkan. Ianya takkan kehilangan warna dari haus dan lusuh.
  4. Tiada penyelenggaraan atau memerlukan sedikit sahaja penyelenggaraan.
  5. Tidak memerlukan baja untuk kekal sihat dan menarik.
  6. Tidak memerlukan sebarang penyiraman air untuk kelihatan segar dan sihat.
  7. Tidak memerlukan sebarang racun serangga. Rumput palsu tidak menarik serangga, ular, tikus atau perosak yang tidak di ingini. (mungkin terkecuali jika bawahnya simen).
    Dan pasti ada kontranya,

Kekurangan : 

  1. Kos awal untuk memasang rumput palsu boleh menjadi agak mahal untuk keseluruhan rumah.
  2. Kerana ianya bukan rumput sebenar, rumput palsu tidak mengembalikan oksigen ke udara. Untuk yang terlalu memikirkan alam sekitar, ini mungkin mengalahkan tujuan sebenar.
  3. Pada waktu tengah hari, rumput palsu boleh menjadi panas. Ianya sangat perlu memakai selipar. (biasanya waktu panas terik memang semua duduk dalam rumah sahaja).
  4. Untuk kelihatan lebih real macam rumput sebenar korang kena pilih ketebalan/ketinggian rumput itu yang lebih baru nampak menyerlah. Dan helaian demi helaian tu jangan terlalu kasar buatannya. Paling penting tidak terlampau murah atau pilihlah yang berkualiti. Jika tidak berkualiti lama kelamaan akan nampak macam melepet-lepet. Anda boleh tengok gambar last.

Perkongsian pemasangan :

 

Anak paling kecik, waktu ini masih belum dapat berjalan lagi.

cara pemasangan rumput tiruan

Aktiviti obstacle course untuk anak autism kami setiap petang.

cara pemasangan rumput tiruan

Kalau suka rumput nampak fresh macam baru lepas mesin, boleh pilih 25 - 30mm. Supaya kelihatan lebih semula jadi, saya memilih 30 - 38mm. Harga berbeza mengikut kualiti.

cara pemasangan rumput tiruan

Pokok batang pinang dalam pasu itu sudah mati.

cara pemasangan rumput tiruan

Kawasan luar rumah sebelum rumput tiruan diletakkan.

cara pemasangan rumput tiruan

Selepas letak rumput. Naik seri sikit kan? Maaf sebab tak reti nak potong pokok itu.

cara pemasangan rumput tiruan

Ini anak Autism saya. Suka sangat main pasir. Suka makan pasir.

cara pemasangan rumput tiruan

Sudah besar hero-hero mama. Nanti bila mama sudah tiada, jagakan abang ya nak.

cara pemasangan rumput tiruan

Sekarang tiada lagi fencing glass ini dan sudah tukar decking juga.

cara pemasangan rumput tiruan

Pandangan dari sudut hadapan rumah.

cara pemasangan rumput tiruan

Ruang depan ini saya biar tak letak rumput. Buat area anak-anak main pasir. Saya beli je pasir halus itu letak dekat sini.

Sekarang anak-anak sudah besar (dah pergi sekolah), jadi kawasan ini sudah jadi mak dia punya tempat tanam cili, pokok limau, daun kari, serai dan lain-lain.

cara pemasangan rumput tiruan

Letak pelampung atau kolam air pun tak perlu risau bocor.

cara pemasangan rumput tiruan

Rumput masih menghijau dengan jayanya. Tak melepet walaupun basah.

Ini adalah rumput yang tak berkualiti. Sakit mata tengok melepet.

Ini sama dengan gambar diatas (letak dekat bathroom). Lebih nampak macam karpet. Bukan rumput. Apa-apa pun terpulang pada citarasa masing-masing.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Kredit : Nurhazra Mohd Yusof

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 18, 2021
Dikemaskini pada
November 18, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram