Sebelum anda mengetahui jadual harian rumah ini, bagaimanakah anda menguruskan jadual rumah anda sebelum ini? Adakah ianya terurus dan teratur? Sesetengah orang kadang-kadang pada hujung minggu, semua ruangan hendak dibersihkan dalam sekelip mata.
Jika masih dipraktikkan lagi cara sebegitu, itu merupakan jadual rumah yang salah. Sebenarnya ada jadual yang tersusun dan teratur jer untuk anda lakukan. Setiap hari ahad sehingga sabtu, anda perlulah mempunyai jadual yang boleh diikuti agar rumah anda sentiasa bersih.
Jadual harian rumah ini dikongsikan oleh page Makan Sedap Johor. Jadul tersebut boleh diikuti untuk mendapat keadaan rumah yang sentiasa bersih, sedap mata dipandang dan tidak bersepah. Jom kita tengok bagaimana jadual harian ini berfungsi.
Buat apa kita perlu kemaskan rumah kita pada hujung minggu sedangkan kita boleh buat setiap hari jika ikuti jadual harian rumah yang betul
Hari Ahad
Hari ahad ini apa kata mulakan dengan kemas dapur dahulu dengan mencuci peti ais dahulu. Jika ada makanan yang rosak atau buruk, buang dahulu makanan tersebut dan periksa makanan apa yang perlu ditambah.
Hari Isnin
Isnin pula cuba fokus kan pada bahagian permukaan yang mudah berdebu. Antaranya ialah mengelap pada bahagian meja tv, meja solek, rak buku dan apa jua permukaan yang berdebu.
Hari Selasa
Jika anda rasa karpet ataupun permukaan lantai berpasir sangat. Bolah lah vakum rumah pada hari selasa ini. Cuba anda vakum alas kaki ataupun karpet, di celah tingkap dan juga bawah perabot.
Hari Rabu
Selepas selesai sahaja vakum, masa untuk kita mengemop pula pada hari rabu. Mop lah di sekitar ruang tamu, ruang dapur dan juga bilik tidur agar terasa permukaan lantai licin dan bersih.
Hari Khamis
Jom kita beralih pula kepada mencuci bilik air. Anda boleh lap kan sinki, cuci bangkuk tandas, menyental dinding yang kotor dan juga berus lantai.
Hari Jumaat
Hari jumaat ini antara hari yang santai untuk anda. Jadi, buat juga perkara yang santai seperti menukarkan dan basuh segala cadar, tuala, selimut dan juga sarung bantal.
Hari Sabtu
Sambung juga kepada perkara tukar dan basuh seperti hari jumaat. Namun, kali ini anda membasuhkan kain lap tangan, kain lap kaki dan juga alas kaki. Jika ada kolam atau tub mandi, boleh juga lakukan.
Sebulan Sekali
Ada juga perabot atau[un alatan yang hanya perlu dilakukan sebulan sekali sahaja. Antaranya ialah cuci kipas, membuang sarang labah-labah, membersih perkakasan rumah, membersihkan laman rumah dan juga menjual surat khabar lama.
Sumber : Makan Sedap Johor