Andakah ada terdetik atau menginginkan satu dekorasi bilik tidur bertemakan "gold & black"? Sekiranya anda teringinkan dekorasi bilik tidur tersebut, anda boleh melakukannya sendiri secara DIY dirumah anda. Ianya sangat mudah dan simple sahaja untuk melakukannya.
Ramai yang ambil kesempatan menggunakan masa terluang dalam tempoh PKP untuk makeover ruang-ruang dalam rumah. Tanpa perlu berbelanja banyak, kita boleh menaikkan seri hiasan dalam rumah dengan DIY saja.
Menurut perkongsian daripada facebook Puan Norsaleza Hamzah, beliau telah berkongsikan dekorasi bilik tidur bertemakan "gold & black" beliau. Dari bilik yang biasa, menjadi bilik yang elegan dan moden selepas diy dekorasi tersebut. Jom kita tengok cara-cara beliau melakukannya.
Banyak hikmah masa PKP ni, kami ada banyak masa nak mendeko master bedroom.
Semua dari A-Z husband yang buat, termasuklah side table.
Saya pilih tema warna hitam dan gold untuk dapatkan efek kontra.
Wainscoting ni memang antara dekorasi yang tengah ‘trending’ sekarang. Dah banyak jenis dijual di pasaran, ada yang jenis foam, PVC atau kayu. Suami saya buat guna kayu dan DIY sendiri. Ini langkahnya serba sedikit yang saya boleh kongsikan.
Mula-mula buat lakaran. Boleh jimat penggunaan kayu supaya tak tersalah potong. Panjang kayu 6 kaki 4 inci. Saya beli 10 batang. Ukuran yang saya buat ni ngam-ngam untuk 10 batang.
Kemudian potong kayu ikut ukuran. Saya guna gergaji besi sebab mata gergaji ni halus. Kemasan cantik. Untuk tampal ke dinding, saya guna pistol gam tu, anak-anak pun boleh tolong.
Gam kayu tu rm10 sebotol, pakai 1/2 botol dah cukup. Tak perlu banyak-banyak. Calit-calit je. Kalau banyak nanti gam terkeluar jadi comot.
Selepas gam, tampal guna masking tape sementara gam asas melekat. Biarkan dalam 2-3 minit sahaja.
Cat Jotun Majestic
Carbon black color code 9920
1 liter rm38 = boleh cover 8×8 kaki persegi
Kami guna 2 liter.
Masa cat putih tak nampak perasan yang permukaan dinding tak rata.
Bila dah cat hitam baru nampak. Jadi kena gunakan wall sealer untuk rata kan dinding.
Calit-calitkan lubang halus dan permukaan dinding yang kasar tu. Dah siap cat semua, inilah hasilnya…
[foogallery id="7311"]
Bagaimana hasilnya? Cantik bukan? Sangat cantik dan nampak elegan. Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada anda untuk mendeko bilik tidur masin-masing. Selamat berjaya semua.