Hasil Deco Dinding Shiplap Dengan Cara Jimat Bajet

Ditulis oleh

Pada masa kini, sudah ramai pemilik rumah mula membuka mata dan berjinak-jinak dalam bidang pertukangan. Hal ini kerana, tidak semua orang berkemampuan untuk mengupah pakar dalam menghasilkan dekorasi yang cantik untuk rumah mereka. Tetapi, ianya akan lebih jimat dan berbaloi-baloi sekiranya anda cuba untuk lakukannya sendiri dengan konsep dan gaya mengikut kemahuan anda. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nurfarahwahida Ishak. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek diy hasil deco dinding shiplap dengan cara jimat bajet yang kelihatan cantik dan menarik.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian ini.

 

Hasil deco dinding shiplap, ilham diambil dari group ini juga. Pasang sendiri baru puas hati dan sangat menjimatkan wang.

 

Keadaan dinding ruang tamu sebelum diubahsuai.

Dinding ruang tamu tersebut semasa proses pemasangan shiplap dilakukan. Dinding rumah ini berketinggian 9 kaki dan lebar 10 kaki. Bilangan kayu shiplap yang dibeli untuk saiz 4kaki adalah 36 keping, untuk 2 kaki pula adalah 18 keping.

Cara pengiraan saiz berserta harga : 

  • 6mm x 150 mm x 4ft rm3.60
  • 6mm x 150 mm x 2 ft rm2.00

Kayu Shiplap boleh beli disini : https://shp.ee/cfhf6c7

Pengiraaan ini biasanya dibuat oleh penjual semasa kita beli barangan tersebut.

shiplap wall ruang tamu

Untuk pemotongan dan memasangan beliau hanya menggunakan gergaji biasa dan barangan apa yang ada sahaja. Selepas itu, gosok dengan kertas pasir supaya ianya lebih lembut.

shiplap wall ruang tamu

Kos yang dikeluarkan untuk penghasilan dinding shiplap pada ruang tamu tersebut adalah lebih kurang RM300.

shiplap wall ruang tamu

Selepas itu, cat kan dinding tersebut dengan warna putih terlebih dahulu menggunakan cat Dulux, kemudian, guna cat Jotun Majestic True Beauty.

shiplap wall ruang tamu

Dinding shiplap setelah selesai dicat.

shiplap wall ruang tamu

Hasil akhir dinding ruang tamu setelah selesai dipasang dinding shiplap.

shiplap wall ruang tamu

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat untuk anda.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram