Projek Deco Dinding Gaya Geometri Hasil Air Tangan Wanita

Ditulis oleh

Diwaktu perintah kawalan pergerakan darurat (PKPD) pada suatu ketika dahulu, boleh dikatakan kesemua rakyat malaysia banyak menghabiskan masa di rumah sahaja. Bagi mengisi masa terluang di rumah, pemilik rumah mula berjinak-jinak dalam melakukan pengubahsuaian rumah lama kepada gaya baru mengikut citarasa mereka. Perkongsian pada kali ini adalah dari Diey Diey. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek deco dinding gaya geometri hasil air tangan wanita.

Jom ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.

Projek Deco Dinding Gaya Geometri

 

Tanggal 5/6 - 18/6 start PKPD dekat taman kita, tapi kena sambung lagi start 19/6 hingga 02/07. Manfaatkan masa yang ada dekat rumah maka terhasil juga air tangan seorang wanita tanpa sentuhan tangan lelaki walaupun tak setanding gubahan deco-deco sahabat-sahabat dalam group ini. Bunga-bunga itu semua kita beli dekat kedai rm2 saja nak jimat.

 

Ini adalah semasa hari pertama mengecat pada bahagian dinding yang dilakar dengan corak geometri.

Projek deco diteruskan lagi pada hari kedua. Memang penat tapi agak berbaloi.

Proses seterusnya adalah mengecat pada bahagian tangga pula.

Proses mengecat selesai dilakukan ditambah pula dengan konsep wainscoting hanya guna cat sahaja.

Bahagian bucu dinding selepas diubahsuai.

Bahagian dinding dari sudut pandangan sisi.

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk melakukan projek diy seperti ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 5, 2021
Dikemaskini pada
Disember 5, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram