Harith Green Carpenter, Pakar Membuat Perabot Mesra Alam

Ditulis oleh

Kadang-kadang saya tertanya-tanya apabila sesebuah kerja penghasilan kayu telah selesai. Mesti ada terdapat banyak lebihan kayu atau juga kayu yang tidak digunakan lagi. Jadi, kemana kayu tersebut pergi? Ada yang membuangnya kerana tidak lagi diperlukan namun bukan bagi Harith Ridzuan ataupun dikenali sebagai Harith Green Carpenter.

Menurut Harith Ridzuan ini ramai orang sememangnya tidak peduli akan pembaziran kayu dan juga banyak pembungan kayu ini dihasilkan. Disebabkan itu, ia mendorong beliau untuk melakukan sebuah perabot ataupun kerja kayu yang berasaskan "Eco-Friendly". Beliau juga merupakan pengasas kepada "The Green Factory".

Harith Green Carpenter ingin menukarkan kayu kitar semula untuk membuat kepingan yang unik. Harith pergi ke tempat sisa kayu untuk mengambil palet kayu, peti lama dan bahan lain yang boleh digunakan semula.

Harith Green Carpenter Yang Mampu Menghasilkan Perabot Kayu "Eco-Friendly"

My family own a furniture factory. The have established their business since 1993. After I finish my studies, I came back and continued the family business to delved deeper into industry.

Growing up in the industry, I can see that there's a lot of waste being created and people really dont care where the material comes from and that is when I decided I wanted to make green furniture.

https://fb.watch/7Ua5BmWJOO/

Apa Itu The Green Factory ( TGF ) ?

The Green Factory (TGF) ini merupakan sebuah inisiatif yang dilancarkan oleh One-Tech (M) Sdn. Bhd pada tahun 2012. Ia bertujuan untuk menyusun semula perniagaan pertukangan tradisional ke arah konsep yang lebih hijau dan lebih lestari.

TGF ini telah diasaskan oleh pekerja kayu generasi kedua syarikat iaitu Harith Ridzuan, yang telah berkembang dalam industri ini sejak berusia 10 tahun lagi.

Setelah menamatkan pengajiannya pada tahun 2008, Harith kembali semula kepada perniagaan keluarganya dan memimpin warisan orang tuanya ke arah pembuatan yang bertanggungjawab dengan meletakkan kelestarian sebagai teras perniagaan.

Harith Green Carpenter

Antara Hasil Kerja Yang Dilakukan

Berikut merupakan antara hasil-hasil yang dilakukan oleh The Green Factory ini. Kesemuanya adalah berasaskan kayu dan usaha ini bakal mendapat tarikan dari sektor F&B, korporat, dan komuniti yang mencintai alam sekitar serta peminat kayu.

Harith Green Carpenter

Harith Green Carpenter

Sumber : The Green Factory , Harith The Green Carpenter

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
September 8, 2021
Dikemaskini pada
September 8, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram