Door Gift Idea Untuk Majlis Perkahwinan

Ditulis oleh

Door gift adalah cenderahati yang biasanya diberikan oleh pihak keluarga pengantin kepada tetamu sebagai tanda terima kasih kerana menghadiri sesebuah majlis perkahwinan. Biasanya door gift ini akan diberikan kepada tetamu apabila mahu pulang dari majlis perkahwinan tersebut. Untuk Perkongsian kali ini adalah mengenai 20  door gift idea yang unik dan menarik untuk majlis perkahwinan.

Door gift bukanlah asing dalam sesuatu majlis perkahwinan kerana ianya dilakukan sejak dari zaman dahulu lagi dan boleh dikatakan ini adalah adat masyarat kita.

Boleh dikatakan door gift dulu dan sekarang amatlah jauh bezanya kerana dahulu masyarakat lebih tertumpu kepada pemberian telur pindang atau telur rebus sahaja untuk tetamu. Tetapi pada masa kini, kita lebih mengikut trend dan segalanya berubah mengikut perkembangan zaman.

Jom sama-sama kita saksikan tips dan contoh 20 door gift idea yang unik dan menarik untuk majlis perkahwinan yang disediakan oleh  warganet @Awantona di laman twitternya.

Door Gift Idea Yang Unik Dan Menarik Untuk Majlis Perkahwinan :

 

Door Gift 1 : Balang Madu

Antara idea door gift perkahwinan menarik yang kami rasakan sesuai untuk anda adalah balang madu. Kalau boleh, sertakan bekas balang yang sederhana besar. Mudahlah untuk anda masukkan ke dalam goodie bag nanti.

Door Gift 2 : Penanda Buku

Penanda buku yang dibuat secara customized untuk majlis perkahwinan juga adalah satu hadiah goodies bag kahwin yang boleh anda pertimbangkan. Ianya kompak, cantik, dan masih bersifat sentimental. Lagi-lagi kalau anda seorang yang suka membaca buku.

Door Gift 3 : Jam Dinding Ikea

Ada banyak barang kecil dan menarik yang dijual di Ikea pada harga yang berpatutan, contohnya adalah jam dinding Ikea Rusch.

Pada harga lebih kurang RM6 satu, anda boleh beli banyak-banyak, lekatkan sticker atau ikatkan reben untuk memberinya personal touch.

Door Gift 4 : Bekas Garam dan Pepper Shake

Lagi satu idea door gift kahwin yang menarik adalah set bekas letak garam dan lada hitam (atau orang panggil pepper shake). Sekarang ni, ada banyak bentuk bekas yang menarik di luar sana.

Door Gift 5 : Mug Peribadi

Lagi satu idea door gift yang ramai pengantin zaman sekarang suka masukkan dalam goodies bag adalah cawan mug. Selalunya ia datang sekali dengan cetakan peribadi untuk disesuaikan dengan tema sesuatu majlis.

Door Gift 6 : Tuala Mandi

Ada banyak pilihan warna yang anda boleh pilih. Pastikan ia masuk dengan tema majlis perkahwinan anda. Nak special lagi bolehlah letak nama anda dan pasangan.

Door Gift 7 : Balang Jem Buahan

Kalau anda minat kepada memberi makanan atau manisan kepada tetamu majlis kahwin, mungkin anda boleh berikan balang jem buahan. Ianya sedap dan unik. Tidak ramai pengantin yang memberikan jem buahan ni. Jadi, bolehlah menjadi pengantin istimewa yang buat ni.

Door Gift 8 : Botol Décor Pantai

Jika majlis bertemakan pantai, English or santai, mesti akan suka idea ni iaitu botol décor pantai. Cari botol kosong yang cantik. Kemudian masukkan hiasan berkonsep pantai seperti pasir halus, batu kerikil, batu pantai, tapak sulaiman mini, nota khas yang digulung.

Door Gift 9 : Hot Chocolate Dalam Balang

Siapa yang tak suka coklat kan? Kanak-kanak suka, orang dewasa pun suka.

Apa kata berikan hot chocolate dalam balang?
Masukkan hot coklat ke dalam bekas balang yang comel, diisi dengan marshmallow di atasnya, dan hias dengan reben putih dan label khas.

Door Gift 10 : Booklet Yasin, Al-Kahfi & Ma’thurat

Kami cadangkan anda beri booklet mini surah Yasin. Anda juga boleh pilih booklet yg memasukkan surah amalan harian seperti Al-Kahfi dan Al-Mulk dan Zikir Ma’thurat. Pasti pahala anda akan berpanjangan walaupun majlis kahwin dah habis.

Door Gift 11 : Sejadah Mini

Sejadah biasa mungkin terlalu besar dan agak mahal. Jadi, anda boleh pilih sejadah mini sahaja. Ia tidak kurang cantiknya.

Door Gift 12 : Set Mufin

Anda boleh tempah pelbagai perasa dan yang pastinya, ramai para tetamu yang dapat menikmati kek tersebut. Harganya pun sekarang semakin murah dan berpatutan. Vendor pun mudah dicari. Hanya perlu membuat survey sahaja.

Door Gift 13 : Botol Sabun Tangan

Seterusnya, botol sabun tangan. Ianya praktikal dan boleh digunakan oleh tetamu anda apabila mereka pulang ke rumah. Botol sabun tangan ini boleh dicustomized mengikut kesukaan anda.

Door Gift 14 : Buku Nota Peribadi

Bersifat personal dan sangat eksklusif. Tidak ramai pengantin yang memasukkan idea ini dalam beg cenderahati kahwin mereka. Jika inginkan ianya menjadi lebih ekonomikal, anda boleh pilih notebook yang nipis, reka sticker, dan lekatkan pada muka depan buku.

Door Gift 15 : Minyak Wangi

Hadiah ini pasti disukai ramai. Untuk membuatkan ianya sesuai buat lelaki dan wanita, pastikan anda memilih bau yang lebih ke arah unisex.

Door Gift 16 : Set Kutleri Sudu & Garpu

Idea goodies kahwin yang seterusnya adalah set kutleri yg memuatkan sudu dan garfu. Yang penting, jika ia datang dengan kotak atau bekas yg cantik, ada juga tetamu yg boleh meletakkanya sebagai salah satu koleksi barang dapur mereka. Menarik, bukan?

Door Gift 17 : Popcorn Mini

Jika majlis berkonsepkan hipster atau lebih kepada small party, mungkin idea door gift kahwin unik seterusnya ini dapat menarik minat anda dengan popcorn mini!.

Siapa yang tak gembira bila nampak popcorn dalam beg cenderahati kahwin, kan?

Door Gift 18 : Pouch Mini Jerami & Mengkuang

Ianya sangat klasik untuk dijadikan bekas bunga telur. Pasti tetamu anda akan berasa nostalgik dan juga praktikal. Banyak benda yg boleh disimpan dalam pouch mini ni. Contohnya duit syiling, pin tudung, cincin, dan pelbagai hiasan kecil lain.

Door Gift 19 : Set Macarons

Warnanya berwarna-warni dan ia tahan lama. Rasanya yang lazat pasti dapat menjadi penyedap mulut setiap tetamu yang datang ke majlis kahwin anda nanti.

Door Gift 20 : Tepak Sirih Mini

Selain set mengkuang, perkahwinan bertemakan melayu tradisional juga sesuai jika diberikan tepak sirih mini sebagai hadiah door gift kahwin. Pasti ada tetamu anda yang menghargai hadiah sebegini. Sampai disini sahaja perkongsian kami untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 22, 2020
Dikemaskini pada
November 22, 2020

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram