Dekorasi Ruang Aktiviti Keluarga Daripada Barangan Terpakai

Ditulis oleh

Setiap rumah kadang-kadang perlu adanya satu ruang khas yang dipanggil sebagai ruang aktivi. Tujuan adanya dekorasi ruang aktiviti ini adalah untuk ibubapa dan anak-anak dapat meluangkan masa bersama pada ruang ini. Sebagai contoh, bersolat jemaah sama-sama, menonton movie dan sebagainya.

Puan Mariam berkongsikan sebuah dekorasi ruang aktiviti keluarga beliau didalam facebook beliau. Beliau melakukan sedikit dekorasi terhadap ruang tersebut yang terdiri banyak daripada barangan terpakai. Menurutnya, barang terpakai juga kadang-kadang kalau dideko dengan baik pasti akan nampak cantik.

Jadi, apa kata kita lihat dekorasi sebelum dan selepas ruang aktiviti keluarga milik Puan Mariam Abdullah ini.

Dekorasi Ruang Aktiviti keluarga Dideko Dengan Hanya Barangan Terpakai Sahaja

Ruang family tingkat atas, masih dalam process touch-up lagi, di sini kami jadikan ruang untuk anak-anak belajar, di sini juga tempat kami solat berjemaah, mengaji serta majlis taalim, dan di sini kami jadikan ruang menonton movie bila malam minggu, ruang tak besar mana tapi dimanfaatkan sepenuhnya untuk aktiviti bersama, ruang ni mmg khusus untuk Family Bonding.

CikYam sertakan gambar sebelum kami menambah baik ruang ni, dekorasi simple je asal selesa untuk kami, kebanyakkan barangan adalah dari bundle, siapa kata barangan terpakai tu sampah, hanya yang tahu je bundle ni awesome tau

Deko Ruang Aktiviti Keluaga Yang Dahulu

Berikut merupakan ruangan aktiviti keluarga kami yang dahulu. Maklumlah masa tu tiada bajet yang mencukupi untuk upgrade dekorasi ruangan ini.

Dekorasi Ruang Aktiviti

Dekorasi Ruangan Aktiviti Keluarga Yang Sekarang

Inilah dia rupa ruang aktiviti kami yang sekarang. Hanya terdiri daripada perabot dan juga barangan terpakai. Kalau pandai deko, pasti akan nampak cantik.

Disinilah tempat untuk kami sekeluarga melepak dan bersantai sambil tengok movie, buat kerja masing-masing dan sebagainya.

Dekorasi Ruang Aktiviti

Kira-kira dalam 90% barangan terpakai ini dibeli dikedai bundle. Antaranya ialah alas bulu, piano dan juga meja IKEA yang berjenama Micke.

Dekorasi Ruang Aktiviti

Dekorasi Ruang Aktiviti

Sumber : Puan Mariam Abdullah

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
September 6, 2021
Dikemaskini pada
September 6, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram