Pernah tak melihat sebuah DIY kabinet tv yang memakan modal hanyalah dalam RM200 sahaja? Sudah semestinya kebanyakkan dari anda macam tidak percaya bagaimana sebuah kabinet tv ini boleh dilakukan secara diri sendiri modal RM200?
Seorang wanita yang bernama Huda Mimie ini berkongsikan sebuah proses menghasilkan kabinet tv dilakukan oleh suaminya secara diri sendiri. Projek itu telah dikongsikan didalam sebuah grup facebook Kelab Deco Rumah dan hasil diy mendapat reaksi yang positif dari ahli-ahli grup tersebut.
Jom kita melihat bahan-bahan dan juga cara proses untuk melakukan sebuah kabinet DIY ini. Hasil akhir juga ditunjukkan pada gambar yang terakhir untuk anda menjadikannya sebagai inspirasi.
Alhamdulillah, siap jugak cabinet tv. Tq encik suami. DIY je kite.
Habis dalam rm200 sahaja. Kayu dan wallpaper marble.
Kebetulan almari tv sama corak dengan wallpaper. Almari tv beli dekat shope sahaja harga rm150.
Bahan-Bahan Untuk Melakukan DIY Kabinet TV
Proses Membuat Kabinet TV
Kayu frame sudah sampai. Masa untuk mengukurnya dan membentukkannya agar ia menjadi sebuah kabinet tv yang superb.
Selepas siap sahaja rangka kaninet tersebut, letakkan pada tempat yang diinginkan.
Dah siap semua memasang kayu tersebut. Tutupkannya dengan sebuah board kayu.
Selepas menutupnya dengan board kayu, terus letakkan wallpaper marble tersebut alik tepi sebab nak lekatkn wallpaper alik tepi dahulu.
TV kabinet takkan complete jika tiada lampu spotlight sebegini. Tengok inspirasi dari orang lain dan juga google, ramai yang melakukan deko sebegini.
Hasil AKhir Sebuah DIY Kabinet TV Yang Cantik
Akhirnya siap juga kabinet tv yang dilakukan encik suami ini. Walaupun diy ni bermodal hanyalah rm200 namun hasil akhirnya sangatlah menyerlah dan nampak elegan begitu.
Sumber : Huda Mimie