Bila sebut je tentang bilik air, sudah pasti anda akan berfikir berkaitan bau yang kurang enak. Malah yang lebih buruk lagi, kotoran-kotoran tersebut terus melekat yang menghasilkan bau yang kurang enak di sekitar lubang tandas itu. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai cara diy "toilet bomb" yang begitu senang dan menjimatkan.
Makin kuat kita sental, kotoran dan bau tersebut tetap tidak akan hilang. Untuk menyelesaikan masalah ini, Puan Suhaili Baharudin ada berkongsikan cara-cara untuk DIY "Toilet Bomb" bagi membersihkan serta memberikan bau yang mampu menghilangkan kesan bau busuk sebelum ini. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau.
Lubang toilet yang berkeladak menakutkan mata tu boleh dicuci semudah abc. Campakkan saja seketul selesai masalah. Jom buat.
Langkah-Langkah :
1. Campurkan Soda Bikarbonat dan Asid Citric. Gaul rata dan pastikan tak berketul.
2. Masukkan 1 sudu hydrogen paroxide. Jangan lebih.
3. Gaul lagi sampai anda dapat rupa yang sebegini. Tak berketul dan tak terlalu basah.
4. Masukkan dalam bekas acuan dan biarkan ia selama 4 jam.
5. Selepas 4 jam keluarkan dan isi lah dalam bekas comel.
6. Sekiranya anda hendak menggunakannya, anda hanya perlu mencampakkan saja seketuk ke dalam lubang tandas rumah dan masalah selama ini pun sudah selesai. Masalah tandas berkeladak pun serta merta akan hilang.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana. Selamat mencuba.
Kredit : Suhaili Baharudin