DIY Tampal Bumbung Rumah Teres 2 Tingkat Yang Bocor

Ditulis oleh

Setiap orang pastinya menginginkan sebuah dekorasi rumah yang cantik, deko bilik tidur yang menarik dan sebagainya. Namun, harus diingatkan bahawa selain daripada dekorasi juga keselamatan dan masalah rumah perli diteliti dengan baik. Sebagai contohnya kalau ada masalah bumbung/siling rumah bocor dimasuki air hujan.

Jika berlaku sebegitu, dekorasi rumah anda yang cantik pastinya akan terjejaskan? Jadi, anda perlukan sedikit asas cara untuk membaiki atau tampal bumbung rumah anda secara DIY jika berlaku bocor.

Perkongsian daripada Supian Ghazali ini mampu memberikan beberapa tips, cara dan bahan yang diperlukan untuk tampal siling rumah yang bocor. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Cara Untuk DIY Tampal Bumbung Rumah Teres 2 Tingkat Yang Bocor

DIY bumbung bocor hari ni sebab tak jumpa cari punca. Buat semua mana yang rasa2 penyebab bocor (konkrit perabung, waterproof coating hairline crack dinding party wall, silicone tempat paku, silicone join zink dengan konkrit party wall, silicone roof tile crack, silicone tempat kabel astro). Start pukul 10 Pagi sampai dalam pukul 2 petang siap. Harap-harap dah takde bocor.

Jenis Rumah : Teres 2 Tingkat

Pekerja : solo + wife tukang gantung barang dekat bawah. Bawak naik barang pakai tali.

Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Tampal Dinding

Proses Untuk Melakukan DIY Tampal Bumbung

Gambaran sebelum membaiki bumbung diatas rumah. Kelihatan jelas ada retak-retakn pada bahagian bumbung ini. Disitulah air hujan masuk di dalam bumbung dan siling terus menjadi bocor.

DIY Tampal Bumbung

Gambaran selepas proses menampalkan sikacoat pada kesan retakan bumbung rumah.

Masa ni bumbung bocor sebelah tepi rumah jiran. Memang rasa stress jer kalau air dah start keluar.

Berikut merupakan panduan untuk anda yang ingin melakukan apa-apa tampalan pada permukaan dinding. Memang berguna panduan sebegini.

DIY Tampal Bumbung

Setelah semuanya, harap masalah bocor pada bumbung rumah akan dapa diatasi. Semoga DIY ini dapat membantu anda yang ada masalah sama macam Supian Ghazali.

DIY Tampal Bumbung

Sumber : Supian Ghazali

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 22, 2022
Dikemaskini pada
Januari 22, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram