Semua orang menginginkan sebuah table bar yang menarikkan? Tipulah kalau anda seseorang yang jenis tidak sukakan table bar ini. Dengan adanya table bar ini dapur anda pasti akan nampak cantik dan menarik. Namun, nak upah orang buat sudah pastinya mahalkan? Jadi, apa susahnya? Anda boleh lakukan DIY table bar anda sendiri dirumah.
Untuk melakukan table bar ini, anda boleh melihat perkongsian daripada Pa'e Faeza ini. Beliau berkongsikan bagaimana untuk melakukan DIY table bar ini dengan mudah dan kelihatan cantik. Yang penting bajetnya sangat murah dan sangat sesuai untuk rakyat marhaen macam kita ini.
Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
DIY Table Bar Rakyat Marhaen
10 hari kuarantin kita manfaatkan.curi masa dengan suami diy bar untuk letak barang2. Memandangkan ruang dapur rumah terhad.Dan perlukan bar/shelf tersebut maka terhasil lah dia di situ.
Kayu bar/shelf saya beli dekat shopee sahaja.Then custome ukuran berapa yang kita mahukan. Backsplash asal kita transform sahaja.
Diy guna mdf board pattern shiplap.Before cat saya dah coating dulu ye. Mdf tak tahan air.So kena coating. Baru cat.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Lakukan DIY Ini
Cara Untuk Melakukan Projek Table Bar Ini
Ruang disinilah saya ingin meletakkan table bar saya.
Ini pula adalah kayu MDF yang dibeli di Shopee.
Untuk sesuatu jarak antara mdf ini, saya letakkan syiling.
Beralih kepada proses mengecat. Sebelum cat, letakkan coating terlebih dahulu sebab kayu MDF ini tak tahan air. So kena coating baru cat.
Dah nampak dah rupa table bar saya ini.
Hasil Akhir Projek Table Bar Rakyat Marhaen Ini
Tadaaaa! Inilah dia rupa akhir bahagian table bar saya yang dilakukan secara DIY ini. Semoga ini dapat memberikan inspirasi untuk anda melakukannya.
Sumber : Pa'e Faeza