DIY "Shiplap Wall" Bajet Gaya Moden Simple

Ditulis oleh

Kalau bercerita tentang shiplap wall memang kebanyakan pemilik rumah pada ketika ini cukup kenal dengan shiplap wall ini. Hal ini kerana shiplap wall ini cukup digemari pada masa kini untuk menjadikan rumah kelihatan cantik dan berseri-seri. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang lelaki dan juga merupakan seorang ayah iaitu Ajiee Llttdd. Perkongsiannya adalah mengenai diy "shiplap wall" bajet gaya moden simple.

Apa yang menariknya untuk perkongsian pada kali ini adalah aktiviti diy shiplap wall ini dilakukan olehnya sendiri serta dibantu oleh anak kecilnya. Perkara sebegini sedikit sebanyak dapat membangkitkan lagi semangat untuk melakukan diy sebegini apabila mendengar anaknya sendiri mahu menolongnya untuk melakukan diy ini.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco ini.

DIY "Shiplap Wall" Bajet Gaya Moden Simple Yang Sangat Cantik Dan Menarik :

Siap sudah shiplap 13x10 kaki bajet +-rm250
1. Mdf board sekeping 4x8kaki rm28. Guna 5 keping rm140 ( beli di kdai hardware dan setengah tokey sebut chipboard ) saiz 6mm tebal.
2. Upah potong 6inci sekeping besar caj rm12 hingga rm60.
3. Gam multipurpose 4botol. Acrylic gap filler sebotol.
4. Kayu 1 inci 6 batang.
5. Cat jotun indoor roast coffee 1 liter rm35.
6. 2 hari siap.
banyak dugaan ni tambah-tambah bila anak sendiri kata nak tolong abah.
boleh agak dah dia punya nak tolong macam mana.

Ini adalah keadaan sebelum proses dibuat.

dekorasi ruang tamu

Ini adalah keadaan dinding semasa proses mula dilakukan.

dekorasi ruang tamu

Ini adalah peralatan dan bahan yang digunakan.

dekorasi ruang tamu

Ini adalah proses yang dilakukan oleh anaknya sambil bermain dengan riangnya.

dekorasi ruang tamu

Ini adalah keadaan dinding sebelum dicat.

dekorasi ruang tamu

Proses penyusunan mainan yang dilakukan oleh anak lelakinya.

dekorasi ruang tamu

Mesin pemotong.

dekorasi ruang tamu

Kayu selepas siap dipotong.

deco rumah
Proses tampalan dengan gam.
deco rumah

Dinding apabila selesai dicat dengan warna putih.

deco rumah

Inilah hasilnya.

deco rumahItu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 19, 2021
Dikemaskini pada
Jun 19, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram