DIY Shiplap Bertemakan Merah Firebush, Simple Dan Elegan

Ditulis oleh

Shiplap merupakan salah satu panel dinding  yang tidak asing lagi buat pencinta dekorasi rumah. Selain boleh dilakukan sendiri di rumah, barang-barang yang digunakan untuk membuat shiplap juga senang didapati dan murah. Berbekalkan bajet bawah RM400, siapa sangka pasangan ini mampu menghasilkan shiplap bertemakan merah firebush secara diy sahaja.

Perkongsian daripada Baizura Abd Aziz ini meraih lebih 300 tanda suka dan 100 perkongsian di Facebook. Jom kita ikuti hasil shiplap diy beliau dan suami yang begitu elegan dan menarik ini.

 

Alhamdulillah, hasil kerja kami suami isteri untuk menyiapkan shiplap. Proses lebih kurang seminggu. Sepatutnya 3 atau 4 hari dah siap. Tapi biasalah buat sambil santai-santai sahaja.

 

Barang-barang yang digunakan:

  1. Mdf board 60 keping ( keluasan 10 x 12 ) -RM137
  2. Gam 4 botol -RM39.40
  3.  Cat putih 7 liter -RM48
  4. Cat Nippon Q-Glo kod warna Firebush 2 tin -RM96
  5. Filler -RM5.50
  6. Batang aiskrim -RM2.00

Jumlah keseluruhan: RM380

Proses DIY shiplap bertemakan merah Firebush:

 

Keadaan dinding sebelum shiplap dipasang.

MDF board dipasang pada dinding kosong tersebut.

Kesemua MDF board yang telah dicantum dengan menggunakan filler dan dilekatkan pada dinding.

MDF board dicat dengan menggunakan cat Nippon Q-Glo kod Firebush.

Hasil MDF board yang telah dicat sepenuhnya.

Inilah hasil akhir panel shiplap berona merah firebush yang menaikkan seri ruang tamu rumah beliau. Ditambah pula dengan lampu bercahaya lembut dan pemilihan warna aksesori ruang yang serba merah, memang tidak dinafikan ianya juga nampak lebih elegan dan mewah.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini, Giler Deco berharap perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari idea dan inspirasi untuk dekorasi ruang rumah. Sekiranya anda suka artikel ini, jangan lupa kongsikan ya!

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 12, 2022
Dikemaskini pada
Februari 12, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram