Rak yang tinggi ini semangnya memudahkan untuk diri sendiri lebih-lebih lagi kalau dirumah kita tidak mempunyai ruang yang mencukupi. Jadi, semestingya setiap rumah perlu mempunyai rak tinggi. Yang penting, hanya diy sahaja rak yang tinggi tu lagi senang.
Kepada yang mencari bagaimana untuk lakukan DIY ini boleh tengok perkongsian daripada Hairul Nazmi ini. Beliau melakukan diy rak tinggi dirumahnya untuk menjimatkan lebih banyak ruang. Pastikan rumah anda mempunyai dinding berbentuk 'U'.
Bahan untuk gunakan hanya simple sahaja. Hanya kayu pine dan juga kayu terpaki untuk membuat rak ini. Jadi, Jom kita tengok perkongsian tentang diy ini daripada beliau.
Baru siap buat rak tinggi, sebab nak jimat ruang bawah konon nye.
Kalau dalam rumah ade dinding bentuk 'U' macam ni, boleh cuba buat. Perlukan material kayu sikit je. Saya pakai kayu size 1x2 buat tulang, pastu papan pine untuk buat lantai nye.
Lebar rak ni dalam sekaki je, panjang tu bergantung pada jarak dinding kiri kanan tu.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:-
Cara Membuat DIY Rak Tinggi Pada Dinding
1. Pastikan rumah anda mempunyai dinding berbentuk 'U' macam gambar ni. Lakukan proses memasang kayu dengan skru biasa sahaja yang saiz 2.5 inci dan wallplug plastik 6mm.
2. Lubang skru tersebut ditebuk menggunakan pocket hole jig. Ia berharga RM70 sahaja. Apitkan kayu menggunakan apit G.
3. Lakukan proses yang sama terhadap tingkat yang lain. Anda bebas nak buat banyak mana.
4. Untuk potongan kayu pula, saya menggunakan kayu saiz 1 x 2 untuk membuat tulang. Untuk lantai pula, gunakan papan pine yang dibeli.
Ukuran lebar rak adalah sekaki dan panjangnya bergantung pada jarak dinding kiri dan kanan anda. Gunakan circular saw berjenama Fixtec.
Alat ini pula bernama orbital sander.
Hasil Akhir DIY Rak Tinggi Pada Dinding
Inilah dia rupa akhir rak dinding tersebut. Nampak kemas dan boleh letakkan barang diatas untuk jimatkan lebih ruang. Kepad yang ingin cuba, boleh lakukan di rumah.
Banyak dah barang yang telah diletakkan diatas. Setakat ni kukuh.
Sumber : Hairul Nazmi