Setiap suami isteri pasti akan menyambut hari anniversary mereka setiap tahun kan? Kadang-kadang ia bergantung kepada bagaimana si suami tersebut ingin menyambutnya. Yang paling sweet mesti si suami bagi hadiah kan kepada para isterikan?
Jadi, untuk hadiah sempena hari anniversary ini, lelaki ini membuat DIY rak sinki & table top kayu bajet kepada isterinya. Wanita yang dikenali sebagai Hidayati Bohkhari ini telah berkongsikan hasil DIY rak sinki ini yang dilakukan oleh suaminya di dalam laman sosial Facebook.
Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda hasil DIY rak sinki & table top kayu bajet ini. Bahan-bahan dan juga proses dalam membuat rak sinki ini akan dipaparkan. Jom kita tengok perkongsian tersebut.
Alhamdulillah berjaya jugak en suami merealisasikan impian bini dia. Nak table top dan rak sinki idaman hati. Kire nie advanced hadiah anniversary ke 8 lar kot yer cyg @ziezan09
Disebabkan dapur rumah nie tak berapa nak besar dan ruang pun sangat terhad..maka tercipta lar idea nak buat rak bajet nie.. Setelah lebih kurang 3 tahun kiterang buat survey (nampak tak berapa lama punya pikir) tambah tolak kos ape semua maka en suami memilih utk diy sendiri rak bajet. Lebih sentimental value katanya
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN
1. Para² RM50 (ada 2 unit) – beli 3
2. Tiang kayu RM20 (ada 2 unit) – beli 2
3. Penutup / kaki kayu RM5 (ada 2 unit) – beli 4
4. Sinki 2 mangkuk RM100 (cari kat mudah)
HASIL DIY RAK SINKI & TABLE TOP BAJET
Before.. 3 tahun kot setia dengan sinki pemaju
Before.. Just pakai meja banquet utk letak bibik korea & king top
After.. Lepas pasang rak dan sinki
After 70% hampir siap
Menarikkan hasil DIY si suami ini? Dahlah kreatif, rajin pula tu. Untungnya kalau isteri dapat suami yang rajin dan kreatif macam ni. Ituah yang amat diinginkan oleh para isteri lebih-lebih lagi jika kedua-duanya bekerja.
Sumber : Hidayati Bohkhari