Nak menanam tanaman dan juga bunga di halaman namun tiada tempat yang sesuai untuk bertanam? Usah perlu risau kerana Muhammad Fahmee ini berkongsikan bagaimana untuk melakukan DIY rak pasu bunga yang bertingkat malah siap berbumbung lagi.
Mungkin dengan perkongsian daripada Muhammad Fahmee, anda boleh melakukan DIY rak pasu yang berbumbung ini untuk dilakukan pada waktu PKP ni. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Projek hujung minggu
Rak Pasu Bunga Bertingkat Dan Berbumbung. Di sebabkan ada lebihan besi biru ni buat porch kereta, jadi kita try create balik guna pakai untuk buat rak pasu bunga ni.
Projek ni pun first time aku try, tengok dari Youtube jugak dan dalam group ni. Rupanya tak semudah disangka cara buat di. Ambil masa 6 jam jugak untuk siapkan.
Kalau perhati betul2 ada senget sikit² , tapi takpalah kita buat sendiri, bukan untuk juai. Haha, yang penting boleh belajar lagi dari kesilapan.
Bahan-Bahan Yang Digunakan
Cara Untuk Melakukan DIY Rak Pasu Bertingkat
Sebelum proses dilakukan, saya lakukan dahulu plan untuk melakukan DIY ini. Jadi, senang untuk lakukan diy ini.
Untuk rekabentuk projek ni, saya lukis terlebih dahulu agar dapat melihatkan bagaimana hasil akhir DIY ini.
Besi C Channel sudah sampai. Masu untuk potong mengikut saiz yang telah ditetapkan.
Hasil potongan besi yang dilakukan.
Dah siap potong, terus melakukan rak pasu bertingkat ni.
Hasil Akhir DIY Rak Pasu Yang Dilakukan
Alhamdulillah. Inilah dia hasil akhir diy yang saya lakukan. Jadi, bolehlah nak bertanam pokok di halaman luar rumah sambil menghirup kopi. Jadi, semoga projek diy yang dikongsikan oleh saya ini dapat memberikan inspirasi kepada anda semua.
Sumber : Muhammad Fahmee