Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang power dalam bab DIY ini. Kalau sebelum ini Giler Deco telah pun berkongsi dengan anda semua cara membuat DIY rak tudung, DIY rempah ratus dan sebagainya. Kini, ada lagi DIY yang terbaharu yang dilakukan.
DIY yang terbaharu ini adalah DIY Rak Bertingkat yang diperbuatkan daripada paip PVC. DIY ini dilakukan oleh Slipper'z Echin dan beliau telah pun berkongsi didalam laman Facebook beliau. Beliau menyatakan itu adalah idea daripada kawan beliau sendiri.
Jadi, Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda cara-cara untuk membuat dan bahan yang diperlukan untuk membuat DIY rak bertingkat daripada PVC ini. Jom kita tengok hasil perkongsian beliau dibawah ini.
Nak beli yg dh siap die punye rege sampai beratuih...jadinye sye mintak housemate saye (farah sofinas) buatkan utk syeDie gune idea die utk jadikan tempat letak wrapping paper dengan selamat
Proses Membuat Rak Betingkat
Bagi Slipper'z Echin , beliau membuat rak bertingkat ini adalah untuk meletakkan wrapping papers beliau memandangkan beliau merupakan surprise planner. Untuk mencantikkan lagi rak ni, anda semua boleh mengecat mengikut warna kesukaan anda semua.
Namun, rak ini bukan sahaja letak wrapping papers sahaja. Untuk dijadikan tempat letak tudung, baju dan apa jua yang boleh disangkut pun boleh. Senang cerita rak ini adalah pelbgaia guna. Kos nak buat pun murah. Tak perlu beli yang dah siap dan mahal.
Sumber : Slipper'z Echin
Ingin membaca artikel seterusnya?
Baca juga :-
DIY Rak Almari Simpan Tudung Hanya Gunakan Paip PVC Sahaja!!!
DIY Rak Rempah Ratus Dengan Cepat & Mudah. Bajet Hanya RM2.10 Jer Diperlukan