DIY Piring Astro Menjadi Sebuah Meja Kopi Lipat Luar Rumah

Ditulis oleh

Pernah dengar atau tidak bahawa sebuah piring astro ini bukan sahaja untuk memancarkan signal dari satelit terus ke astro dekoder kita tapi boleh dijadikan sebagai sebuah meja kopi? Mesti korang tidak pernah dengarkan? Namun, ianya ada dan wujud.

DIY meja kopi yang dilakukan oleh Mohd Hilmi ini adalah diperbuat daripada piring astro. Disebabkan waktu tersebut masih lagi dalam PKP dan tiada apa-apa benda boleh buat, maka terjadilah DIY tersebut. Meja tersebut telah diletakkan pada bahagian luar rumah beliau. Menurut beliau, nak lepak-lepak sambil minum kopi baru syok ada meja sebegitu.

Jadi, jom kita tengok pekongsian daripada beliau bagaimana untuk melakukan meja kopi diy ini dan hasil akhir meja kopi yang dilakukan tersebut.

DIY Dari Piring Astro Ditukarkan Menjadi Sebuah Meja Kopi Cantik Di Bahagian Luar Rumah

Lockdown Projek

Since PM umumkan lockdown ni terus kepala start fikir nak buat ape la time lockdown ni. Gi kerja seminggu sekali je. Mau jem kepala ni kalau tak de nak buat ape-ape.

Tengah lepak2 kat depan rumah nampak pulak piring astro rumah jiran terus dapat idea. Buat meja pun ok ni tapi bukan aku rembat jiran punya. Ni aku punya eh.

Selalunye buat projek berkaitan letrik je kan, kali ni kita main job kayu ngan besi pulak. Hentak je la, cantik ke tak belakang kira, janji ada job. Setelah berhempas pulas bermain dengan habuk kayu maka terhasil la Astro Coffee Table ni.

Boleh la nak buat2 santai sambil monitor anak main kat depan rumah. Sambil2 tu boleh la submit takaful application. Kebetulan ngam semalam siap meja ni terus member lama 1 sekolah dulu Asyraf Zulkapli nak apply medical card, cantek sangat la tu. Kira buang buruk la orang cakap.

Next projek masih sedang dipertimbangkan.. mungkin buat kerusi pulak kot.. banyak projek ni, tinggal nak buat ke tak je la.

Projek DIY Meja Kopi Diperbuat Dari Piring Astro

Waktu untuk turunkan piring astro yang dah tak guna ni.

DIY Meja Kopi

Buang part yang tak nak. Kita cuma nak piring sahaja. Nasib elok lagi condition ini.

DIY Meja Kopi

Waktu untuk spray piring ini kepada warna emas berkilauu gituuu.

Sesi membuat permukaan meja untuk letakkan piring ini. Gunakan kayu pallet sebab ia sesuai.

DIY Meja Kopi

Hasil Akhir DIY Meja Kopi Yang Dilakukan Ini

Jeng Jeng Jeng. Dah siap sudah diy meja yang dilakukan ini. Meja ini diletakkan diluar. Baru nampak stylo habiskan? Nak lepak luar ni cuma tarik jer meja tu dan boleh bersantai diluar ini sambil minum kopi o atau teh panas.

DIY Meja Kopi

DIY Meja Kopi

Sumber : Mohd Hilmi Mohd Idrus

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 29, 2022
Dikemaskini pada
Januari 29, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram