DIY Pemasangan Wainscoting PVC Bajet Bawah RM30

Ditulis oleh

Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menjadi kreatif dan pandai dalam bab-bab membuat wainscoting. Tidak dinafikan wainscoting sangat popular di Malaysia. Namun, bukan mudah untuk membuat wainscoting ini jika tiada pengalaman yang secukupnya.

Jika inginkan wainscoting yang simple dan senang, apa kata DIY pemasangan wainscoting PVC macam yang dilakukan oleh Jir Bandar Putra ini. Material pvc foam ini sangat lembut dan mudah digunakan berbanding material yang lain.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana untuk melakukan DIY pemasangan wainscoting menggunakan PVC foam ini. Bahan yang diperlukan dan step by step akan ditunjukkan satu per satu untuk DIY ini.

DIY Pemasangan Wainscoting Daripada Material PVC Bajet RM30

DIY Wainscoting PVC
Saya nak share hasil pemasangan wainscoting pvc dengan bajet tak sampai RM 29.
Lepas baca komen otai wainscoting rupa rupanya ada beza wainscoting pvc berbanding wainscoting getah. Yang wainscoting PVC lebih ringan, senang dipotong dan tak mengecut
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-
  • Wainscoting PVC
  • Gam Dunlop
  • Pembaris Segitiga 45

Ni lah dia wainscoting pvc tu. Hanya beli kat shoppee sahaja berharga rm27. 50

DIY Pemasangan Wainscoting

Cara-Cara DIY Pemasangan Wainscoting PVC

1. Pertama sekali, potongkan setiap bucu menggunakan pembaris segitiga

2. Sapukan gam dunlop pada wainscoting pvc tersebut. Sapukan tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.

3. Lekatkan pada dinding ikut garisan yang dah dilukis guna pembaris dan juga sesiku L. Tekankan dengan kuat agar ia melekat dengan kuat.

DIY Pemasangan Wainscoting

4. Teruskan tekapan mengikut garisan yang dilukis. Pastikan tampal dengan elok dan kemas.

DIY Pemasangan Wainscoting

5. Tada! Siap sudah. Senang sahaja. Tidak perlu memerlukan cara-cara yang banyak dan mengelirukan.

Saya buat 4 petak ukuran 30cm X 30cm.total pakai 4.8 meter.

DIY Pemasangan Wainscoting

Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk kali ini. Diharap dengan artikel ini dapat memberikan anda semua inspirasi dan juga mengetahui cara-cara untuk melakukan DIY pemasangan wainscoting pvc ini.

Semoga bermanfaat untuk semua

Sumber : Jie Bandar Putra

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 10, 2021
Dikemaskini pada
Jun 10, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram