DIY Feature Wall Bahagian Dapur Bajet Bawah RM100

Ditulis oleh

Feature wall merupakan salah satu dekorasi dinding yang banyak dilakukan oleh rakyat Malaysia. Ia kerana untuk membuat DIY feature wall ini tidaklah susah dan sangat senang untuk dilakukan.

Macam yang dilakukan oleh Fahmi Fahrruzi ini. Beliau melakukan dekorasi dinding feature wall yang sangat mudah dan senang. Yang paling mengejutkan ialah kesemua DIY untuk membuat feature wall tersebut hanyalah dibawah RM100.

Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua bahan yang diperlukan dan cara untuk melakukan DIY feature wall ini yang dikongsikan oleh Fahmi Fahrruzi. Jom kita tengok hasil perkongsian daripada beliau.

DIY Membuat Feature Wall Yang Simple Bajet Bawah RM100

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Salam PKP duduk rumah semua.
Di sini saya nak share DIY buat feature wall bajet bawah RM100. Saya letak feature wall ni kat area meja makan. Boleh refer gambar2 dan caption yang saya letak.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

  • Kayu Spin/Kayu Siling
  • Gam Kayu X-Bond
  • Gap Filler
  • Paku Dinding
  • Cat Nippon Great Seascape

Yang kuning tu gap filler dan yang orange tu adalah gam X Bond. Warna oren tu pistol unutk pakai kat gam dan gap filler.

Cara Untuk Melakukan Feature Wall 

1. Ini kayu spin. Beli kat kedai papan je. Tak mahal pun. Saya beli yang size 8 kaki sbb senang nak bawak masuk kete.

DIY Feature Wall

2. Ini baru permulaan. Saya buat frame dulu awal2 sebab nak mudahkan proses mengecat. Kalau perasan frame tu saya dah cat warna hijau siap2 yang putih2 tu saya letak gap filler.

DIY Feature Wall

3. Dah siap cantum semuanye. Sambungan2 kayu tu saya letak gap filler untuk penuhkan ruang dan atas paku pun letak gap filler untuk nampak halus.

DIY Feature Wall

4. Baru cat sedikit. Saya silap sebab tak buat undercoat. Untuk hasil yang lebih cantik kena undercoat dulu then baru cat. Hasilnya pasti lagi cantik.

DIY Feature Wall

5. Dah siap sepenuhnya. Buat dalam 3-4 hari jugak sebab buat sikit2. Buat lepas waktu kerja. Good luck utk sesiapa yang nak mencuba buat!

DIY Feature Wall

Feature wall yang saya lakukan itu saya ambil inspirasi dari sini.

Sumber : Fahmi Fahrruzi

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 4, 2021
Dikemaskini pada
Jun 4, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram