Pagar tambahan ini sememangnya menjadi keutamaan semua orang diluar sana. Tujuannya ialah untuk menambahkan lagi keserian dan kecantikkan rumah anda dan juga boleh dijadikan penghalang daripada dipandang oleh orang luar. Jadi, jika kita ingin melakukan aktiviti luar rumah tidaklah rasa malu atau terasa dilihatkan.
Perkongsian daripada Nur Azreen Idayu ini mampu memberikan gambaran kepada anda semua bagaimana hasil selepas melakukan DIY pagar tambahan ini. Beliau juga turut menyenaraikan barangan yang diperlukan dan juga proses melakukan pagar ini.
Menurut beliau lagi DIY ini sangatlah simple dan juga murah. Ianya bermodalkan hanya RM1.8k. Jadi, jimatlah daripada mengupah orang membuatnya. Jom kita tengok perkongsian daripada Nur Azreen Idayu ini.
Hasil sepakat membawa berkat #kerjasama #homesweethome #rumahkusyurgaku #KKD #stayathome
Cerita PKP 3.0 kami. Beli2 barang siap2 delivery terus depan pintu. Memang terbaik.
Kesemua DIY ini memakan modalk dalam RM1.8k ni siap beli cat dinding luar. Ianya lagi banyak jimat sebab dah tanye contractor haritu. Ia cakap nak ambil dalam RM5.8k.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk DIY Pagar Ini
Langkah-Langkah Untuk Melakukan DIY Pagar Tambahan
Pertama sekali, shera plank yang sampai ni sangatlah panjang. Jadi, terpaksa ayah potong untuk sama panjang dengan pagar rumah.
Dah siap potong beginilah jadinya. Kia biarkan dahulu pagar ni. Beralih pula kepada proses mengecat pagar rumah agar kelihatan cantik.
Proses mengecat pagar asal dilakukan.
Sementara itu pula, ayah pula mengecat shera plank dengan warna yang diidamkan untuk pagar rumah ini.
Anak lelaki pun turut membantu mengecat. Lagi ramai tolong, lagi cepatlah siap.
Alhamdulillah, siap juga akhirnya proses mengecat pagar yang asal.
Hasil Akhir DIY Pagar Rumah Yang Dilakukan
Inilah dia hasil selepas siapnya memasang kesemua shera plank pada pagar yang asal ini. Barulah nampak cantik dan privasi pun terjaga daripada pandangan orang luar.
Sumber : Nur Azreen Idayu