DIY "Mirror Wainscoting" Hanya Guna Barang Kedai Eco

Ditulis oleh

Cermin juga amatlah memainkan peranan untuk dekorasi rumah selain guna untuk menilik wajah dan "OOTD" kita setiap hari sebelum keluar ke mana-mana. Cermin yang besar dan pelbagai bentuk semestinya boleh membuat ruang nampak lebih besar dan cerah. Namun begitu, harganya amat mahal dan boleh mencecah sekurang-kurangnya beratus-ratus ringgit. Perkongian pada kali ini adalah dari Teena Azwa . Perkongsiannya adalah mengenai diy "mirror wainscoting" hanya guna barang kedai eco.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian daripada Teena Azwa  yang dikongsi dilaman facebook miliknya ini. Yang penting murah dan mudah dibuat. Tak perlu keluar modal besar tau.

Diy "Mirror Wainscoting" Mudah Dan Murah :

Cermin dari Kedai ECO rm2.10 sahaja .Spray sparkling Gold dari Mr.DIY. Jadi, lepas siap lakukan wainscoting hari itu, saya tambah lagi seri dekat wall rumah saya. Tampal cermin ECO dekat atas wainscoting. Terus nampak lagi cantik dan menarik!

Process menampal agak mencabar, sebab wall tak berapa lurus. Tapi puas hati bila sudah siap. Maka siaplah sudah dekorasi untuk Rumahku Syurgaku.

Selamba sahaja saya susun dekat kedai Eco. Saya guna 18 keping untuk bagi nampak besar.

mirror wall

Process spray cat. Jemur semalaman bagi cat meresap masuk.
mirror wall
Ni spray dia. Color dia sangat cantik. (Guna 2 botol, sebotol RM7 lebih)

mirror wallSusun dulu sebelum tampal kat wall.

mirror wall

Dah siap dan inilah hasilnya

mirror wall

mirror wall
mirror wallp/s: nak lekatkan cermin boleh guna gam Xbond.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap perkongsian kali ini dalam memberi idea dan inspirasi kepada anda dalam mencari sumber untuk melakukan diy mirror wainscoting seperti ini. Selamat mencuba ya.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 22, 2020
Dikemaskini pada
Julai 22, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram