Ramai dikalangan pemilik rumah cukup pening dalam memilih konsep dan cara bagaimana mahu memastikan lantai rumah yang lusuh kelihatan cantik. Sebenarnya lantai cukup memainkan peranan dalam menjadikan rumah anda akan kekal kelihatan cantik dan berseri. Kalau anda perasan, jika anda hanya tekankand dekorasi pada rumah tetapi anda abaikan pada bahagian lantai. Rumah anda tidak akan kelihatan cantik dan berseri kerana dekorasi yang anda buat tidak cukup sifat. Perkongsian kali ini adalah dari DanialDannia Assone. Perkongsian yang ingin dikongsi adalah mengenai diy lantai lusuh kelihatan baru guna "epoxy paint".
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian dekorasi lantai rumah dengan menggunakan cat epoxy ini.
saja nak sharing dekat sini. Nak pakai mozek, belum ada rezeki. Pakai tikar getah 2 tahun dah koyak rabak, Fikir punya fikir, nak tukar tikar getah 2 tahun lagi kena tukar pulak. Letih nak angkut perabot.2 pilihan dalam fikiran. Nak pakai lantai vinyl atau cat epoxy? Fikir punya fikir lagi. Kami laki bini bercadang mahu mencuba epoxy paint duhulu. Sebab nampak lawa. Bersinar macam mozek dan bila selesai rasa berbaloi jugak la buat. Dengan kos rm300+ dapat ruang tv. Ruang tamu dan Ruang dapur. Memang cantik. Nak tengok ketahanan dia macam mana. Menggelupas atau tidak. Kita tengok nanti. Tapi setakat ini memang rasa puas hati.