Memiliki tandas yang cantik dan kelihatan baru adalah impian setiap pemilik rumah. Tandas yang cantik dan selesa bukan untuk anda sahaja. Malah anda anda juga berhak untuk memiliki tandas yang cantik dan bersih meskipun anak anda masih kecil lagi. Jadi perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah dari Muhammad Faiz. Perkongsiannya adalah mengenai diy lantai epoxy & bilik air anak hanya guna "apple paint epoxy".
Wife banyak kali minta buatkan. Jadi hari ini kita layankn DIY lantai epoxy. Baru siap primer layer. Esok sambung layer warna pula.
kondisi cat masih utuh. tapi layer lagi satu lapis alang-alang habiskan baki cat. Cuci setakat ni tak payah sental kuat. Pakai magic sponge pun sudah boleh bersih. Siap sepenuhnya deko bilik air untuk anak-anak.
Ini adalah keadaan tandas sebelum proses pengubahsuaian dilakukan dengan konsep dan gaya baru untuk anaknya.
Ini adalah keadaan tandas semasa proses pengubahsuaian selepas primer layer dilakukan dengan konsep dan gaya baru untuk anaknya.
Ini adalah cat epoxy warna yang digunakan.
Ini pula adalah hardener untuk pastikan epoxy tidak mudah tanggal.
Ini pula adalah anti slip power supaya lantai tidak licin.
Ini adalah keadaan rumah selepas proses epoxy siap dengan warna biru.
Ini pula adalah cat dinding kaisai paint.
Akhirnya siap sudah deco blik air anak.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda untuk cuba mendiykan bilik anda atau bilik anak anda nanti. Selamat mencuba.