Keindahan dan juga kecantikkan pada bahagian tepi rumah ini adalah sangat penting juga. Apabila cantiknya bahagian ini, rumah juga automatik kelihatan cantik. Tetamu yang datang juga pasti akan puji ke langit terhadap keindahan dekorasi rumah anda.
Anda tidak perlu pun mengupah orang untuk diy bahagian laman tepi rumah anda. Cukup sahaja anda seorang sahaja namun ia perlukan kesabaran dan kerajinan macam yang dilakukan oleh Asyraf Zakaria ini. Beliau berkongsikan proses dan hasil akhir diy bahagian halaman tepi rumah beliau. Jom kita tengok hasilnya.
Nak kongsikan sebuah projek diy pada bahagian halaman rumah yang memakan masa hampir sebulan. Dengan menggunakan rumput karpet dan kayu shera plank yang ada corak urat.
Keluasan pada kawasan ini adalah 80 ft x 6.5 ft. Semoga menjadi inspirasi terhadap sesiapa yang melihat hasil diy saya ini.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Lakukan DIY Ini
Proses Melakukan DIY Bahagian Halaman Rumah Ini
Proses ini dilakukan dengan meratakan tanah pada bahagian laman tepi rumah ini untuk proses pemasangan rumput karpet.
Selepas itu, letakkan kayu shera plank mengikut posisi macam dalam gambar ini. Pastikan kedudukan kayu tersebut rapat dan kemas agar tidak mudah tercabut.
Selepas itu, catkan pagar shera plank tersebut dengan cat sancora yang dibeli. Warna yang dipilih adalah kerana hitam itu menawan.
Letakkan weedmat atas tanah dan seterusnya aburkan pasir pula pada bahagian tanah tersebut. Selepas itu, siap sedia untuk meletakkan rumpur karpet atasnya.
Tadaaaa! Inilah dia hasil diri sendiri DIY bahagian laman tepi rumah yang dilakukan ini. Untuk batu pula saya letakkan didalam longkang untuk tujuan air serap masuk ke longkang besar.
Sumber : Asyraf Zakaria