DIY Laluan Corak Kayu Dari Simen Untuk Halaman Rumah

Ditulis oleh

Jika anda sudah biasa pergi ke mana-mana taman ataupun kawasan yang beriadah pasti anda akan ternampak laluan seakan kayu kan? Ianya dipanggil wood stepping ataupun laluan corak kayu. Laluan corak ini sangat cantik jika anda letakkannya pada halaman rumah anda dan paling penting ia senang untuk diy.

Jika anda betul-betul ingin mencantikkan ruang halaman rumah anda, boleh cuba lakukan laluan corak ini secara diy macam dilakukan oleh Wan Mohd Khairy. Beliau ada menunjukkan beberapa cara untuk membuat laluan corak ini hanya menggunakan bahan daripada simen batu.

Jadi, jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Lakukan Laluan Corak Kayu Secara DIY Untuk Cantikkan Halaman Rumah Anda

Hari tu ramai minta resepi brownies pokcik. So pokcik bagi la resepi cara pokcik. Ni guna semen baru tak masuk angin lagi ok.

Hehe, so pokcik tak pandai nak buat video. Amik gambar jer la dan ikut step pada gambar yer. Selamat mencuba adik kakok semua. Tq sifu Asrul Achoi n Badrul Simen Kraf bagi tips

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  • Pasir Kasar
  • Pasir Halus
  • 5 Beg Simen
  • 2 Simen Gam
  • Loyang Corak Kayu

DIY Laluan Corak

Cara-Cara Untuk Membuat DIY Wood Stepping

1. Masukkan air gaul biar sebati. Jangan terlalu keras jangan terlalu lembek. Pokcik lembek sikit biar dia keluar urat kayu. Kalau ada mixer lagi bagus.

2. Sapukan minyak pada loyang. Kalau yang ni pokcik guna minyak hitam jer. Loyang boleh dapatkan di Shopee.

DIY Laluan Corak

3. Masukkan adunan separuh loyang, pastu letak besi macam dalam gambar tu. Goncang2 biar rata.

4. Letakkan sehingga biar penuh loyang tersebut. Goncangkan sehingga padat.

DIY Laluan Corak

5. Jemurkan dibawah matahari dan pastikan simen tersebut keras sebelum keluarkannya.

6. Dah kering tu boleh lah cat kan warna coklat. Yang penting asalkan nampak macam kayu.

DIY Laluan Corak

Hasil Akhir Untuk Halaman Rumah

Alhamdulillah, siap dah laluan corak kayu pokcik ni. Dah letak pada bahagian halaman rumah ni. Amacam? cantik tak? DIY sahaja sangat jimat dan senang.

DIY Laluan Corak

Sumber : Wan Mohd Khairy

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 28, 2021
Dikemaskini pada
Ogos 28, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram