DIY Kerusi Meja Terbuang Diubah Menjadi Sofa Baharu

Ditulis oleh

Adakah anda mempunyai kerusi meja yang terpakai atau yang sudah buruk? Adakah ada terasa ingin membuangnya? Seeloknya anda simpan dahulu kerusi meja tersebut kerana anda boleh menjadi kreatif dengan diy kerusi meja terbuang diubah menjadi sofa pada masa hadapan.

Menjelang sambutan tahun baharu 2021 ini, mesti ramai antara kita ini ingin mencarikan ilham dekorasi untuk rumah kan. Kalau boleh, ilham tersebut mestilah antara ilham yang bajet,simple untuk dibuat dan praktikal dalam melaksanakan hasil tersebut.

Ilham ataupun inspirasi untuk DIY ini ilham daripada Puan Mastura Mohd Yusoff yang telah berkongsikan cara-cara untuk diy kerusi meja terbuang diubah menjadi sofa. Menarik bukan? Mari kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara penghasilan beliau sepanjang membuat sofa diy ini.

" Saya jumpa 2 biji kerusi meja makan yang orang buang. Saya kutip dan jadikan sofa kayu ni. Cuma beli kain, spray clear dan span je "

Kerusi Meja Terbuang Diubah Menjadi Sofa DIY

Bahan - Bahan

 

  • 2 buah kerusi meja makan yang dah tak digunakan
  • 4 keping span – tebal 8mm
  • kain perca
  • skru
  • kayu panjang
  • plywood
  • spray

Cara-cara Mengubah Meja Menjadi Sofa

1. Potong

Mula-mula, potongkan bahagian depan tempat duduk kedua-dua kerusi meja makan seperti dalam gambar di bawah

Kerusi Meja Terbuang Diubah Menjadi Sofa

2. Cantum

Cantumkan kedua-dua kerusi tersebut dengan meletakkan sebatang kayu dan pakukan kayu tersebut.

Tambahkan juga 3 lagi batang kayu melintang di bahagian tempat duduknya supaya lebih kukuh.

3. Sesuaikan Ketinggian Penyandar

Jika penyandar agak tinggi, boleh rendahkan sedikit dengan memotongnya.

Saya potongkan hampir separuh daripada ketinggian asal.

Kerusi Meja Terbuang Diubah Menjadi Sofa

Kemudian, ubahsuai sedikit dengan menggunakan semula kayu yang diambil daripada kerusi yang sama ini juga. Saya ambil kayu dari bahagian yang bertanda X di bawah.

4. Pasang Papan

Untuk tempat duduknya, saya gunakan sekeping plywood tebal.

Kerusi Meja Terbuang Diubah Menjadi Sofa

5. Pasang Span

Bila dah siap, kita bolehlah buatkan bahagian kusyennya.

Kalau nak senang, balutkan saja span yang telah dilapis-lapis dengan menggunakan kain perca. Bagi yang rajin, boleh buat lekuk-lekuk pada bahagian permukaannya. Skrukan saja. Kalau guna stapler pun lebih mudah.

Kerusi Meja Terbuang Diubah Menjadi Sofa

Kemudian, tambahkan manik untuk menutup skru pada permukaan kusyen tadi.

6. Spray

Akhir sekali, spraykan ikut warna kesukaan anda. Kalau warna kerusi tadi masih elok, tak perlu spray pun tak apa. Cukuplah dengan mengemaskan setiap hujungnya supaya tak ada yang tajam.

Siap!

Beginilah hasilnya.

Kerusi Meja Terbuang Diubah Menjadi Sofa

Cantikkan lepas puan mastura makeover kerusi tersebut menjadi sofa. Sangat kreatif dan bijak dalam menghasilkan idea DIY. Semoga anda juga dapat melakukannya juga. Semoga berjaya semua.

Sumber : Mastura Mohd Yusoff

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 4, 2021
Dikemaskini pada
Januari 4, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram