Bercakap mengenai kabinet tv ni kalau nak diceritakan setiap rumah sudah pastinya akan ada kabinet tv. Tidak kiralah yang murah ker mahal atau juga diperbuat daripada besi. Namun, kabinet tv milik daripada Yazid Yunus ini adalah sangat rare kerana ia diperbuat daripada kayu terbuang ataupun dipanggil Malaysian Timber.
Beliau telah melakukan sebuah DIY Kayantone tv kabinet yang diperbuat daripada kayu terbuang ataupun dipanggil sebagai Malaysian Timber. Proses untuk melakukan diy tersebut telah pun dikongsikan oleh beliau didalam facebook. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Projek PKP 3.0, lama tak berDIY ni. Masih dalam mood PKP, pilihan material still from malaysian timber aka kayu buruk.
Plan nak buat rak TV, something look old and rustic. Nama projek ini adalah "Kayantone TV cabinet". Sayang kayu kayan negara.
Proses Melakukan DIY TV Kabinet Daripada Malaysian Timber
Projek kali ni aku guna 2 keping slab raintree. Special order dengan member dari felda trolak utara. Bukan tak nak pakai plywood, tapi solid wood lagi better omputih kata.
Part paling leceh, nak level kan slab. Banyak kena ketam, banyak gawian nya.
Selepas level dan sander.
After wood stain. Tak banyak pilihan wood stain yang ada dipasaran, aku ambik jenama TOAwoodstain, warna meranti.
Raintree ni asal warna putih, aku guna woodstain meranti sebab nak bagi gelap sikit.
Selepas varnish 2nd layer.
Ok masa untuk buat kaki, guna kayu jee, nak pakai besi kang tak wood working pulak.
Dah siap bahagian top.
First time buat kena pre install dulu,takut idea tak menjadi nanti.
Ok siap,ni la rupa kejadian nyee, kalau western ada rak tv Flintstone, aku ada rak tv Kayantone..huhu, alhamdullillah.
Sumber : Yazid Yunus