Wanita dan bunga sememangnya tidak dapat dipisahkan dan mereka juga minat terhadap pokok bunga yang mampu memberikan bau wangi dan harum buat mereka. Mereka tidak akan pernah jemu untuk memilik beberapa jenis bunga pun selagi bunga tersebut cantik
Kalau kepada anda yang ingin membuat surprise terhadap orang tersayang boleh buat DIY gubahan bunga centerpiece bounquet. Di sini min akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk DIY menghasilkan "Centerpiece Bounquet" yang kelihatan sangat cantik.
Perkongsian yang dikongsikan oleh Puan Norpadilah Binti Afandi adalah cara untuk membuat DIY gubahan bunga centerpiece bounquet. Ia hanya menggunakan beberapa bahan yang dikitar semula sahaja. Ayuh kita ikuti perkongsian daripada beliau.
Santai2 harini kita share diy simple ni eh DIY Centerpiece Bouquet Bahan2 recycle dan mudah nak cari macam biasaKebanyakkan 'bouquet' ini dijual dengan harga yang mahal di kedai bunga.
Langkah-Langkah Membuatnya
1. Skru kayu dengan penutup koleh dan papan kek
Pintal akar pokok ikut nak tebal mana, yg penting sehingga stabil dia tegak berdiri...kemaskan dan ikat dgn cable tie. Cover cable tie klu perlu dgn lebihan akar guna hotglue gun.
Spray clear atau warna pilihan
Gubah bunga pilihan dan addition kita balut tapak bawah guna jute rope
Hasil Akhir!!!
TADAAAA!!! dah siappp. Mudah je kan nak buat Bouquet ni tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak pun. Hanya perlu kitar semula jerr barang-barang yang sudah adaa
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco kali ini. Diharap post ini mampu memberikan manfaat kepada anda semua. Semoga berjaya semua.
Kredit : Norpadilah Binti Apandi