Cara Mencantikkan Pintu Yang Buruk Tanpa Menukarnya

Ditulis oleh

Pernah tak anda terfikir bagaimana untuk mencantikkan pintu anda yang lama dan buruk itu tanpa anda perlu menukarnya? Jika pintu masih berfungsi dengan elok mesti sayangkan nak buang. Apabila buang mesti kena tukar dengan pintu yang baharu. Apa kata anda ikuti cara untuk mencantikkan pintu macam yang dilakukan oleh Kolid Kapit Dinde ini.

Beliau ada berkongsikan bagaimana beliau mencantikkan pintu beliau yang lama tanpa perlu mengalih atau membuangnya. Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalam grup Facebook Tukang Apa Hari Ini dan mendapat pelbagai reaksi positif. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Lelaki Ini Kongsikan Cara Untuk Mencantikkan Pintu Tanpa Anda Perlu Menukarnya

Eksperimen T.A.H.I. Spray tin flat black diy 5.57 sen setin. Dah guna 2 tin pun masih tak cukup. Kene beli dalam 3 tin baru cukup. tapi seeloknya beli 3 untuk dijadikan spare. Jika nak lagi jimat, boleh gunakan cat 5 liter besi flat black

Sekian eksperiman dari tukang tahi

Pintu jenis moulded door,kulit nampak macam buat dgn kotak@mdf tapi frame kayu keliling.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan 

Kelebihan Spray

  • Cepat kering
  • Tak perlu roller
  • Tak perlu thinner
  • Kurang bau

Cara Mencantikkan Pintu

Cara-Cara Untuk Mencantikkan Pintu Secara DIY

Pintu ni saya tak gosok guna sand paper sebab pintu ni jenis moulded. Kalau yang bukan jenis solid wood atau veneer wood, perlu undercoat dan gosok sandpaper.

Cara Mencantikkan Pintu

Proses spray pintu ini sedang giat dijalankan.

Cara Mencantikkan Pintu

Setakat ni saya guna setini, baru sampai setakat ni sahaja.

Kalau setakat ni, baru sahaja 2 tin. Nak elok lagi perlu gunakan 3 tin baru oky. Jika anda nak beli 4 pun boleh untuk dijadikan spare jika berlaku apa-apa.

Inilah dia hasilnya selepas habis 3 tin spray untuk mencantikkan pintu rumah saya ini. Senang sangat jer. Daripada membazir buang pintu dan beli pintu baharu, elok buat macam ni.

Cara Mencantikkan Pintu

Sumber : Kolid Kapit Dinde

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 27, 2021
Dikemaskini pada
Oktober 27, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram