Hiasan cermin pada dinding utaman atau dikenali sebagai grand mirror wall sudah tidak begitu asing lagi pada zaman moden kini. Mana tidaknya, dengan menerapkan konsep ini pada dinding akan menjadikan kawasan dinding rumah tamu rumah anda tampak begitu cantik dan mewah. Perkongsian kali ini adalah dari seorang wanita iaitu Haryati Kamal. Perkongsiannya adalah mengenai diy grand mirror bajet guna barang mr.diy.
Sebenarnya jika anda melakukan diy sebegini anda dapat berjimat dalam mengeluarkan modal untuk mengupah orang untuk deco rumah anda. Cuba apabila anda melakukanya sendiri anda perlulah banyakkan bersabar dalam menyiapkan diy seperti ini.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh wanita ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. First time post dekat sini. Sangat excited nak share hasil usaha gigih kami suami isteri diy grandmirror. Sebabkan bajet pun biasa-biasa. Jadi kita diy je sndiri. Bila tengok hasilnya rasa sangat-sangat berbaloi dan terus hilang sakit-sakit pinggang apa semua.
Alhamdulillah. Semoga dapat memberi inspirasi buat korang yang tengah cari idea nak deko.
Kayu itu saya beli dekat Kedai hardware. Sebatang rm4.50 (10kaki). Cermin beli dekat Mr.diy rm10.50 sekeping (size 1x1.5kaki). Gam beli dekat Mr.Diy. Cermin itu saya tampal gabung letak gam dan double tape yang jernih (yang tengah viral sekarang ni).
Ini adalah keadaan dinding semasa proses diy sedang dilakukan.
Proses diteruskan
Proses penampalan cermin hampir 60 peratus siap.
Proses mengecat mula dijalankan dengan menggunakan cat undercoat.
Cat yang digunakan adalah cat nippon kod genteel.
90 peratus sudah hampir siap.
Siap 100%
Itu sahaja perkongsian kita untuk kali ini. Diharap dengan perkongsian diy simple grand mirror ini dapat memberi inspirasi kepada anda dalam ubahsuai rumah dan deco rumah anda. Semoga bermanfaat.