Inginkan sebuah dinding yang macam ala-ala bata dengan tona warna yang berbeza? Kini anda boleh melakukannya dengan diri sendiri sahaja macam yang dilakukan oleh Ah Buck Yahaya. Beliau berkongsikan bagaimana cara untuk melakukan DIY faux brick wall yang cantik untuk ruang rumah anda.
Hasilnya sangatlah cantik terutama jika diy faux brick ini dilakukan pada ruangan ruang tamu dirumah. Ingin melihat bagaimana diy ini dilakukan? Jom kita ikuti perkongsian daripada Ah Buck Yahaya ini. Komfirm anda akan terkejut melihat hasil akhir yang dilakukan ini.
Nak share sebuah projek DIY Faux Brick Wall pada ruangan garaj yang dilakukan.
Abam buat dekat porch. Elok juga kalau buat feature wall dekat hall/dining area atau dalam bilik pun mcm ok. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Proses Untuk Melakukan DIY Faux Brick Wall Ini
Mula-mula, buat contoh ukuran brick pakai keratan kotak ,nnti senang nak ukur bila nk lekat masking tape. Abam buat 19 x 4inches.
Abam buat size besar sikit. Lepastu sambil2 mengucap dan beristighfar bolelah lekatkan masking tape ni.
Tak kisah kalau line senget2. Ingat! Tiada benda yang sempurna. Abam buat line horizontal dulu. Tak dan siap tengok-tengok masking tape habis. Stress. Mujur kedai runcit dekat ni ada jual.
Kemudian buat line vertical macamni. Boleh saja buat terus bentuk brick tu tapi abam penyegan dan nanti takut tak sama pula. Lepas siap hampa potong la sisi dia selang seli.
Tadaa dah siap dah. Herot2 pun tak apa. Pastikan masking tape hampa lekat elok2 dekat dinding, gosok2 sikit tamau nanti cat meleleh masuk banyak2.
Then boleh mula mengecat. Abam mix dua kaler grey dan white. Tuang semua cat dalam tray, mix light2 dan mulalah dab2.
Hampa jangan tonyoh pulak. Memang nampak macam hodoh sikit but trust the process. Btw abam ambik tray air dekat dapur sebab nipis, flat dan ringan.
Tips : Korang pilihlah beberapa kotak untuk letak warna yang lebih gelap dan beberapa kotak untuk warna yang lebih light barula ada macam tone2 sikit.
Dah nak siap. Anak abam dok main pintu sambil berkata, Daddy!!! Hodoh gileeee! Sabar jerla awang.
Hasil Sebelum Dan Selepas DIY Faux Brick Wall Dilakukan Ini
More is more. Abam gantung beskat lama dua biji ni. Beli di nursery Kak Zu di jalan rantau panjang lama dulu. Letak di luar berkarat kena hujan so hampa dudukla sini.
Sumber : Ah Buck Yahaya