Setiap rumah dengan sesuatu ruang yang besar ini sudah pastinya akan menampakkan keseluruhan ruangan tersebut. Tidak semua orang yang menginginkan keseluruhan ruangan tersebut nampak secara langsung. Jadi, sebab itu ramai yang melakukan DIY divider untuk bahagian ruangan bilik tersebut dengan mudah.
Isteri kepada Rah Mat telah melakukan permintaan untuk memiliki sebah divider untuk biliknya. Jadi, tanpa membuang masa Rah Mat mengtaati permintaan tersebut dan melakukan sebuah projek DIY divider untuk isteri tercinta.
Barang-barang untuk melakukan DIY ini sangat lah mudah untuk didapati dan DIY ini juga sangat senang untuk melakukannya. Rah Mat hanya perlu lakukan seorang diri sahaja. Jadi, jom kita tengok bagaimana DIY divider bilik dilakukan oleh Rah Mat ini untuk isteri tersayangnya.
Terima kasih pada semua yang like, komen dan beri cadangan, sedikit penambah baikkan dilakukan, telah dicat putih di bahagian bawah, wayar telah disorok, ramai juga yang risau sebab tajam besi tu.
Saya dah ambil langkah keselamatan, dengan membalut wallpaper foam, pada keseluruhan besi tu supaya tiada bahagian yang tajam.
Room divider permintaan isteri, kita buat dan kita hiaskan, cantik tak
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Proses Membuatkan DIY Divider Besi
1. Bahan bahan yang dikumpulkan sekali untuk membuat DIY Divider ini.
2. Untuk bahagian atas dan bawah bahagian divider ini, saya dah letakkan kayu agar ia dijadikan sebagai alas untuk memudahkan skru batten besi tersebut. Untuk melindungi nampaknya kayu tersebut, saya catkan warna putih agar sama dengan warna siling rumah.
3. Ini pula adalah bahagian bawah. Juga, terdapat kayu sebagai alas permukaan.
4. Lakukan proses yang seterusnya. Mengikut citara anda nak banyak mana divider. Kalau saya ini, cukup 4 sahaja kerana dah nampak cantik.
5. Untuk gantung bracket TV, saya alas dengan kayu disebelah dalam.
Hasil Akhir DIY Divider Bilik
Inilah dia hasil divider bilik yang dilakukan oleh saya untuk isteri tersayang. Jadi, kepada anda yang inginkan sebuah divider bilik ini. Boleh lakukannya secara DIY sahaja.
Sumber : Rah Mat