Dekorasi yang cantik dan menarik serta dapat membuatkan tetamu memukau adalah dekorasi dinding yang elegan contohnya ialah dinding shiplap wall. Kebanyakkan dinding shiplap wall ini ramai yang lakukan secara diy sahaja.
Macam yang dilakukan oleh Teena Azwa, beliau sudah beberapa kali tukar dan makeover dinding rumah dirumah beliau. Namun, selepas membuat dinding shiplap wall ni baru nampak sesuai dengan dekorasi rumah beliau.
Beliau telah berkongsikan cara-cara untuk diy dinding shiplap wall ini dengan mudah dan senang. Bertemakan pula dengan warna "light creamy" memang akan mencantikkan lagi dekorasi dinding rumah beliau. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.
Punyalah lama ngidam. Finally dapat juga buat dengan diri sendiri. Actually dah banyak kali sis make over wall ni, harap yang ni last makeover.
Wall ni pemisah antara ruang dapur and hall area. Memang dah ada since masuk rumah ni dulu. So, yeayyy! Siap dah shiplap wall.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-
Proses Melakukan DIY Dinding Shiplap Wall
1. Proses meletakkan selotape double side pada bahagian belakang kayu shiplap wall.
2. Letakkan gam kayu pada shiplap wall tersebut agar ia melekat dengan kuat.
3. Letakkan shiplap wall tersebut mengikut pattern macam ini. Lakukan proses yang sama pada setiap kayu tersebut.
4. Untuk jarak antara kayu tersebut, saya letakkan batang kayu aiskrim ini untuk ketebalan di setiap kayu tersebut.
5. Setelah selesai pasang kayu shiplap, proses mengecat boleh diteruskan.
6. Nak lebih kemas lagi, warnakan sedikit warna hitam pada line tersebut.
Hasil Akhir DIY dinding shiplap wall
Alhamdulillah, siap sudah diy yang dilakukan oleh saya ini. harap ni last dah untuk makeover dinding ni. Memang tak larat dah nak tukar. Semoga ini dapat dijadikan inspirasi untuk anda semua. Semoga berjaya untuk anda semua.
Sumber : Teena Azwa