DIY Pagar Privasi Dengan Menggunakan Aluminium Board

Ditulis oleh

Nak lakukan apa jua aktiviti diluar rumah sudah pastinya anda akan rasa rimaskan jika tiada privasi pada kawasan rumah anda. Jadi, tingkatkan lagi privasi pada kawasan rumah anda dengan mempelajari cara untuk melakukan diy pagar privacy yang dilakukan oleh Abdul Qayyum Jalal.

Abdul Qayyum Jalal berkongsikan cara melakukan pagar privasi tersebut di dalam sebuah grup Facebook yang bernama ” Tukang Apa Hari Ini”.  Ia mendapat pelbagai reaksi yang positif daripada kesemua ahli grup tersebut. Jom kita tengok perkongsian cara untuk lakukan pagar privasi ini.

Lelaki Ini Lakukan DIY Pagar Privasi Rumah Dengan Menggunakan Aluminium Board

Salam..perkongsian pertama dekat group ni berkenaan kerja2 DIY pagar rumah untuk lebih privacy dgn kos yg rendah. Asal nya pagar biasa saja. Ada yang guna shera board tapi ramai komen board ni agak berat, saya tak pasti sebab tak pernah jumpa secara fizikal.

Dok godek2, jumpa la aluminium bar panel ni dekat shopee. Ukur siap2 dekat lubang2 pagar tu. Masa beli terus mintak potongkan ikut saiz. Standard saiz lebar dalam 4 inci, memang ngam2 dekat ruang antara palang pagar tu.

Benda kedua pulak, nak fikir cara apa paling mudah dan kemas untuk lekatkan dekat pagar. Kalau nak welding bracket ni, takut comot sebab tak pro welding. Datang pula idea guna aluminium plate, dan skru terus dekat pagar. Aluminium bar panel tu pula skru kan pula pada aluminium plate. Make sure guna kan self driving screw, senang terus tebuk lubang.

Proses Melakukan DIY Pagar Privasi Dari Aluminium Board Ini

Inilah dia pagar asal rumah saya ini. Banyak ruang yang open sampai tiada privasi langsung.

DIY Pagar Privasi

Pandangan pagar selepas dicatkan dengan warna hitam, untuk dipadankan dengan warna aluminum bar panel nanti. Bagi mendapatkan permukaan texture pagar nampak kasar2 dan kilat, saya gunakan hammerite paint.

Proses drill aluminium bar pada pagar sedang giat dijalankan.

Ikat aluminium plate dekat pagar. Skru direct je di situ. Untuk mengelakkan daripada air masuk ke dalam palang pagar, boleh guna rubber o-ring dekat skru tu.

DIY Pagar Privasi

Memandangkan setiap level kat palang2 pagar ni tak seragam jaraknya. Guna kotak je untuk centre kan aluminium bar panel. Visual inspect je.

DIY Pagar Privasi

Hasil Akhir Pagar Privasi Yang Dilakukan Ini

DIY Pagar Privasi

Sumber : Abdul Qayyum Jalal

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 13, 2022
Dikemaskini pada
Februari 13, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram