Akhir-akhir ini konsep dinding shiplap menjadi popular di Malaysia, selain lantai vinyl kerana ia memberikan nafas baru kepada dinding rumah yang kosong. Jika sebelum ini ramai pemilik rumah hanya bermain dengan warna cat sahaja, tetapi sekarang ramai yang semakin kreatif dalam menata dinding shiplap.
Ya lah asyik gaya shiplap yang sama sahaja iaitu gaya melintang kan. Untuk kali ini kami akan kongsikan gaya yang menarik iaitu diy dinding shiplap gaya tulang ikan atau herringbone.
Cara Untuk DIY Dinding Shiplap Gaya Tulang Ikan (Herringbone)
Apa itu shiplap gaya tulang ikan?
Shiplap gaya tulang ikan ini dikenali sebagai “Herringbone Shiplap” iaitu kedudukan papan yang diselang-selikan pada sudut 45 darjah dan berbentuk seakan-akan tulang ikan. Gaya ini sangat terkenal di luar negara dan di Malaysia juga ada yang menggunakan gaya ini.
Selain gaya herringbone ada juga gaya lain seperti:
Ruang manakah yang sesuai untuk shiplap herringbone?
- Bilik tidur
- Ruang tamu
- Ruang keluarga
- Pintu masuk rumah
- Dalam tandas
Bahan & Alatan Yang Diperlukan
- Pembaris segitiga (Speed Square)
- Pita pengukur
- Roller paint
- MDF Board
- Level
Langkah-Langkah Untuk Memasang DIY Dinding Shiplap
- Untuk permulaan, anda harus mencari papan yang sesuai untuk dilekatkan pada dinding.
- Sebelum memasang papan, pastikan anda cat terlebih dahulu dinding dengan warna yang gelap. Tujuan mengecat dengan warna gelap supaya lubang kecil pada papan tidak kelihatan. Tetapi ini hanya untuk mereka yang mahu mengekalkan rupa asal papan.
- Ukur panjang dinding untuk mencari titik tengah dan ukur ketinggian dinding untuk mencari titik tengah. Titik tengah ini bertujuan untuk meletakkan dua papan pertama untuk dijadikan panduan.
- Ambil dua papan pertama dan tandakan titik tengah pada dua papan tersebut. Kemudian sambungkan garisan antara titik tengah pada kedua-dua papan.
- Letakkan papan yang sudah ditanda tadi ke dinding dan letakkan papan berdasarkan titik yang ditanda di papan pada garisan tengah pada dinding. Rujuk gambar di bawah.
- Potong sebanyak 45° darjah di bahagian bawah jika terkena dengan lantai atau baseboard.
- Selepas dipotong, lekatkan papan tadi menggunakan nail gun.
- Seterusnya, sambungkan papan-papan lain mengikut susunan dua papan yang pertama tadi sehingga selesai.
- Tutup kesan paku menggunakan caulk atau dikenali sebagai filler yang bersesuaian. Maka siaplah sebuah DIY dinding shiplap yang dilakukan dirumah anda.