Dekorasi dinding yang cantik untuk sesuatu rumah merupakan elemen-elemen yang penting dalam kecantikkan sesuatu rumah. Jadi, apa kata anda lakukan DIY dinding accent wall yang viral sekarang ini untuk maksimunkan lagi dekorasi rumah anda.
Untuk melakukan DIY ini tidak perlu risau kerana seorang lelaki yang bernama Saifuddin Jamil berkongsikan bagaiman proses dilakukan. Beliau berkongsikan didalam grup "Jom Deco Rumah PPR" sewaktu isteri beliau cuti kerana sedang berpantang.
Ketika isterinya berpantang, beliau mengambil keputusan untuk membuat kejutan melakukan DIY dinding accent wall viral ini. Kos pula untuk melakukan diy ini hanyalah bermodalkan dibawah RM200. Jadi, anda juga boleh melakukannya.
Throwback, sekadar rumah PPR dan kita buat apa yang patut. Waktu orang rumah tengah berpantang kat kampung, Kita buat suprise untuk dia. 3 malam jugak nk siapkan. Gigih tak gigih jugak lah nk buatnya. Total cost bajet bawah rm200. Tak termasuk penat nk buatnya.
Bahan-Bahan Yang Digunakan
Process DIY Dinding Accent Wall "Viral"
Throwback waktu orang rumah tengah berpantang kat kampung, Kita buat suprise utk dia. Gigih tak gigih jugak lah nk buatnya.
Lukis siap2 utk senang kira berapa banyak kayu yang diperlukan
Bila siap tampal ikut kertas yang dilukis. Kena touch up apa patut dekat permukaan yang tidak rata.
Ini lah hasil nya. Rumah kecil tempat kami berteduh.
Gambar dari sudut yang berbeza
Meja boleh lipat, kalau makan berdua je dengan wife lipat sebelah bagi jimat space, haa baru lah sweet kaaaan.
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda semua mendapat inspirasi daripada DIY ini yang dilakukan oleh beliau untuk melakukan accent wall dirumah.
Semoga bermanfaat untuk anda.
Sumber : Saifuddin Jamil